[VIDEO]”Kau berambus dari sini, aku tak nak tengok lagi muka kau dekat sini!” Kantoi peminta sedekah untuk tahfiz menipu

Ambil tindakan keras terhadap pihak yang menipu guna nama tahfiz untuk kutip derma

Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) memberi amaran keras kepada golongan yang mempergunakan nama pusat tahfiz dan madrasah untuk menjalankan kegiatan meminta derma atau sedekah demi kepentingan sendiri.

Pinta juga dengan sekeras-kerasnya menafikan terdapat para pelajar tahfiz diminta berbuat demikian selain menganggap tindakan itu sebagai satu penghinaan kepada institusi agama di negara ini.

Penasihat Pinta, Mohd. Gunawan Che Ab. Aziz berkata, tindakan menipu dan menggunakan nama pusat tahfiz dan madrasah itu amat menyalahi kemuliaan al-Quran.

“Tidak logik ada budak-budak pusat tahfiz disuruh meminta sedekah atau derma di tepi jalan sedangkan mereka perlu belajar dan menghabiskan hafazan 30 juzuk yang kadangkala mengambil masa selama dua tahun.

“Isu minta derma guna nama pusat tahfiz ini sudah lama. Nampak sangat berlaku penyelewengan dan ia mencacatkan imej institusi agama. Kami menentang keras golongan yang membuat penipuan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Himpunan 20,000 Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Lebih 20,000 pelajar tahfiz berhimpun pada majlis yang kali kedua diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Mohd. Gunawan dalam pada itu meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain supaya mengambil tindakan keras terhadap golongan yang menipu dan menggunakan nama pusat tahfiz serta madrasah.

Katanya, Pinta akan menggunakan persatuan yang baru didaftarkan ini untuk menyuarakan pelbagai masalah dan memperjuangkan kebajikan pusat tahfiz dan madrasah termasuk isu kegiatan meminta sedekah.

“Kami turut memperjuangkan isu kedaifan infrastruktur pusat tahfiz dan madrasah di negara ini selain mengendalikan isu pengiktirafan sijil-sijil tahfiz yang dikeluarkan oleh madrasah yang berbeza-beza,” ujarnya.

Mengenai penglibatan para pelajar tahfiz dan madrasah dalam kumpulan militan Negara Islam (IS), Mohd. Gunawan menyatakan, tiada pusat tahfiz dan madrasah dipergunakan untuk tujuan sedemikian.

Katanya, para pelajar pusat tahfiz dan madrasah terikat dengan tradisi dan pendekatan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

sumber : Utusan Malaysia

Kantoi menipu gunakan nama tahfiz untuk kutip derma

2 orang remaja ditangkap oleh penduduk setempat apabila tindakan mereka memasukkan duit yang diderma ke dalam baju mereka menimbulkan keraguan penduduk di situ. Apabila beliau menyoal siasat 2 remaja tersebut, mereka tidak dapat menimbulkan keraguan terhadap tuduhan bahawa mereka menipu. Lelaki itu turut menghubungi pihak tahfiz yang yang tertera di tabung derma 2 remaja tersebut. Beliau amat terkejut dan marah apabila pihak tahfiz tersebut memberitahu mereka tiada pelajar bernama sama dengan remaja yang didakwa menipu tersebut dan tiada kebenaran dari Jabatan agama untuk mengutip derma bagi pihak mereka.

Walaubagaimanapun, semua duit derma yang berada di dalam tabung tersebut dimasukkan ke dalam tabung masjid berdekatan. Penduduk setempat juga masih lagi bersimpati dengan 2 remaja tersebut apabila enggan menhubungi polis diatas salah laku mereka.

Semua fail dan peralatan yang digunakan untuk membayangi modus operandi mereka dihapuskan. 2 remaja tersebut juga diberi amaran untuk tidak lagi menunjukkan diri di kawasan penduduk tersebut.

Mereka juga bukan penduduk tempatan, apabila disisasat tempat asal mereka adalah Siam.

Video penuh kejadian tersebut

Muka dikaburkan agar tidak mengaibkan.Semoga mereka bertaubat.Aamiin.

Jom like page FB kami rapat-rapat : Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: