Pemohon bantuan zakat tidak dapat terima kenyataan bantuan ditolak

REALITIšŸ’„
Pemohon bantuan zakat tidak dapat terima kenyataan bantuan ditolak sanggup burukkan pihak zakat dalam media sosial.

Pemohon lupa agaknya,nama pun permohonan, jadi perlu di teliti dan dikira HAD KIFAYAHnya.

Susah…ramai kata mereka susah..tapi…susah yang bagaimana yang layak terima zakat?

Sekiranya tidak layak terima bantuan zakat pasti ada sebabnya untuk dimuhasabah.

Jika kita rujuk dengan zakat negeri-negeri pasti akan terkejut dengan apa yang PIHAK ZAKAT DAH BUAT dalam membantu asnaf
_________________________

Saya bukan amil. 1 sen pun saya tak dapat atas pembelaan saya kepada pusat zakat.

Ya, saya pernah jadi seperti anda. Sentiasa bersangka buruk kepada amil zakat, sentiasa bersangka buruk kepada pusat zakat.

Saya pernah membayar zakat sendiri kepada asnaf.

Tetapi masa demi masa, saya melihat satu persatu kebenarannya.

Kita suka melihat dengan kaca mata emosi. Kita jumpa orang susah, orang sakit, ibu tunggal dan sebagainya. Kita marah apabila permohonan zakat mereka ditolak atas alasan slip gaji menunjukkan mereka tidak layak.

Pernah tidak kita fikir di luar sana ada orang yang lebih susah daripada yang kita nampak, yang kita jumpa, yang kita selamatkan, yang mana mereka juga memerlukan zakat.

Yang sakit memerlukan bantuan zakat ramai, maka keutamaan diberikan kepada yang benar memerlukan. Ibu tunggal yang miskin ramai, keutamaan diberikan kepada yang benar memerlukan.

Kita mahu bersedekah pun kita tidak beri apabila kita lihat orang itu diragui. Inikan pula duit zakat.

Ramai berkata naikkan lah had kifayah biar ramai dapat zakat! Benarkah itu penyelesaiannya. Apabila had kifayah dinaikkan, benarkah ramai akan dapat zakat? Untuk menaikkan jumlah mereka yang menerima zakat ialah dengan kita bayar zakat kepada PUSAT ZAKAT.

Naikkanlah jumlah sumbangan kepada penerima zakat. Benarkah itu penyelesaiannya? Bukankah apabila setiap penerima zakat menerima jumlah yang lebih besar akan menyebabkan jumlah penerima zakat semakin berkurangan.

Matematik mudah:

Ada RM100. Jika seorang dapat RM10, maka 10 orang akan mendapatnya.

Jika seorang dapat RM20, maka 5 orang akan mendapatnya.

Jika seorang dapat RM50, maka 2 orang akan mendapatnya.

Jadi, apa penyelesaian agar lebih ramai dapat zakat dan jumlah bantuan kepada setiap penerima dapat ditambah. Penyelesaiannya ialah dengan kita membayar zakat kepada pusat zakat supaya jumlah kutipan tinggi, maka lebih ramai akan menerimanya, dan jumlah sumbangan yang diterima dapat bertambah.

Tetapi, matematik mudah seperti di atas ramai tidak suka kan? Sebab kita lebih suka melayan emosi dan amarah dan kita menyangka diri kita seorang sahaja peka kepada orang susah.

Jumpa kes “orang susah” bantulah dengan menyalurkannya kepada pihak zakat.Sebabnya,pihak zakat bukannya super hero yang sentiasa ada disemua tempat.

Dalam satu negeri,berupa juta daun pintu nak diketuk pihak zakat untuk menjejak asnaf?peranan kejiranan mana?

Jom pakat-pakat like page FB kami: Kisah Zakat Malaysia

2 thoughts on “Pemohon bantuan zakat tidak dapat terima kenyataan bantuan ditolak

  1. MNSBA

    Saya mencadangkan MAIWP mewar2kan agihan zakat secara tidak langsung terutamanya menerusi institusi pendidikan kepada masyarakat umum. Melalui penbacaan di web site MAIWP serta buletin bulanan rasanya tidak mencukupi kerana tidak menyeluruh dan hanya menfokuskan kepada beberapa aktiviti sahaja. Umum ingin mengetahui apakah jenis2 perbelanjaan yg dibuat terhadap institusi tersebut dgn menggunakan dana zakat. Bagaimanakan peruntukan mengenainya; prestasi perbelanjaan. Angka2 begini dalam laporan tahunan hanya dilaporkan sebagai lump sum amount dan tiada butiran terperinci walaupun dalam penyata kewangan. Diharapkan dengan ketulusan dan keterbukaan pihak MAIWP dalam melaporkan angka2 serta aktiviti2 berkaitan tanggapan negatif masyarakat umum dapat dihakis sama sekali. Selain itu, dengan laporan yg lengkap terutamanya terhadap institusi pendidikan, diharapkan oa menjadi contoh terbaik kepada Majlis Agama Islam yang lain juga. Saya ingin menarik perhatian terhadap penubuhan dan operasi Tadika2 Islam yg dikelolakan oleh MAIWP. Ia adalah satu inisiatif yang terbaik, akan tetapi pelaporan mengenainya juga tidak harus diabaikan dan perlu diwar2kan kepada umum especially kepada pembayar zakat. Sekian, terima kasih.

    Like

  2. Pingback: MENGAPA ISU MISKIN TIDAK HABIS-HABIS?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s