SUAMI ISTERI PENERIMA BANTUAN ZAKAT ANTARA YANG DITAHAN POSITIF SYABU.

Kuching – 26 Jan seramai 5 orang suspek penagih dadah telah ditahan di sekitar kawasan Kuching berusia antara 21 hingga 45 tahun dalam satu operasi penguatkuasan antidadah yang dijalankan oleh AADK Negeri Sarawak hasil maklumat orang awam.

Mereka termasuk sepasang suami isteri yang juga penerima bantuan Baitulmal dan mendiami rumah PPRT telah didapati positif dadah jenis syabu/methamphetamine apabila menjalani saringan awal air kencing.

Kesemua suspek penagih dadah tersebut terdiri daripada seorang wanita dan 4 lelaki dibebaskan selepas keterangan diambil dgn jaminan keluarga & AADK.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan dari Makmal Patologi Hospital Umum Sarawak untuk keputusan muktamad samada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama 2 tahun.

Sumber: AADK Sarawak

Kami dari Kisah Zakat Malaysia nak syorkan kepada pihak berkuasa zakat,bila buat jejak asnaf tu,buat saringan air kencing sekali😊

Ternyata dadah ialah musuh negara dan sedih rasanya apabila duit bantuan zakat kepada asnaf tidak digunakan sebaiknya untuk membantu keluar dari kepompong kemiskinan.

Fakta: DADAH adalah antara faktor utama punca kemiskinan.

INFO TAMBAHAN:

Bagaimana pihak zakat tentukan asnaf??

Ianya dikira mengikut HAD KIFAYAH:

HAD KIFAYAH

Inilah indikator bagi menentukan pemohon tergolong dalam 8 golongan asnaf atau tidak.

Dari segi bahasa bermaksud kadar keperluan (kecukupan).
Dari segi istilah bermaksud kadar minima bagi keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa… Penilaian yang dibuat bagi menentukan Had Kifayah merangkumi 6 aspek keperluan asasi iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

SEBAB ITU ZAKAT TAK BOLEH BAGI SEWENANG-WENANGNYA KERANA IA SEDEKAH WAJIB BUKAN SEDEKAH SUNAT,BOLEH BAGI KEPADA SESIAPA SAJA.

ZAKAT HANYA UNTUK 8 GOLONGAN ASNAF.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s