MENGAPA ISU MISKIN TIDAK HABIS-HABIS?

MENGAPA ISU MISKIN TIDAK HABIS-HABIS WALAUPUN ZAKAT YANG DIKUTIP BERJUTA-JUTA?

Ya,pembasmian kemiskinan bukanlah perkara yang boleh dikawal dan dijangka. Ini kerana miskin itu datang disebabkan banyak faktor.

Antaranya :
1. Ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah,meninggalkan tanggungjawab kepada tanggungannya atau melakukan jenayah sehingga dipenjarakan atau sebagainya.

2.Ekonomi – Hilang mata pencarian disebabkan diberhentikan kerja,muflis dan peningkatan kos sara hidup sehingga berhutang dan banyak bayaran wajib tertunggak

3.Penceraian – keruntuhan institusi keluarga boleh menyebabkan mereka menjadi asnaf fakir dan miskin.

4.Kematian ketua keluarga yang merupakan tunjang utama juga boleh menyebabkan waris dan tanggungannya terjerumus dalam kemiskinan.

5.Ditimpa musibah seperti menghidap penyakit kronik dan memerlukan kos yang tinggi, ditimpa kemalangan, kebakaran atau sebagainya.

Oleh itu, kemiskinan memang susah untuk dibasmi 100% ,apa yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan zakat adalah mengurangkannya. Walaupun begitu, masih muncul rasa tidak berpuashati di kalangan netizen dengan sistem agihan zakat dan pengurusan zakat.

Jom sama-sama bantu laporkan kesusahan dan kemiskinan mereka kepada pihak zakat negeri masing-masing. Jika masih mencari kesalahan orang lain, miskin tetap miskin…yang berburuk sangka semakin ramai tanpa selidik terlebih dahulu.

Rasanya jawatankuasa masjid atau qaryah juga tak menang tangan untuk mengetahui setiap kesulitan dan kesusahan asnaf di kawasannya. Sangat wajar, kita sebagai JIRAN ni lah yang ambil tahu kesulitan serta kesusahan jiran-jiran kita. Membantu fakir miskin tanggungjawab bersama. Jangan ingat kita lepas dari tanggungjawab membantu setelah kita bayar zakat. 🙂

#zakatamanahyangtersurat

Jom follow page kami Kisah Zakat Malaysia untuk mengetahui segala gerak kerja institusi-institusi zakat seluruh Malaysia.

Baca juga artikel ini : Pemohon bantuan zakat tidak dapat terima kenyataan bantuan ditolak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s