‘Kita Hendak Mewah Sampai Mana?’ -Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang sememangnya mengamalkan hidup secara humble dan tidak menunjuk-nunjuk. Walaupun dia tak pernah menunjuk harga baju yang dibeli, kereta yang dibeli namun satu Malaysia tahu bahawa beliau adalah seorang jutawan yang sangat dikenali kerana keperibadiannya yang tersendiri.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
© The Edge Markets

“Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York, dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetap kita hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?”

Demikian apa yang dikatakan oleh beliau apabila ramai orang yang berbicara tentang dirinya yang tidak menunjuk gaya kemewahan dan perbelanjaannya kepada umum. Beliau seorang jutawan yang sangat disegani kerana tidak seperti jutawan lain yang gemar menunjukkan aset kemewahan masing masing.

“Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah, Kita tidak boleh mengagung agungkan diri kita sangat.”

“Apalah sangat hendak dibanggakan dengan kekayaan. Rumah besar macam singgahsana pun pada satu-satu masa kita tidur satu bilik sahaja. Kereta banyak nak buat apa, satu masa kita pandu satu kereta dan makan hanya sampai kenyang sahaja.”

Beliau juga berpendapat sebagai orang Melayu, kita perlu menjalani kehidupan yang fleksibel di mana adanya naik dan turun Jangan terlalu terikut ikut dengan lifestyle yang bermewah mewah.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

“Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana mana,” ujarnya.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary juga berkata beliau tidak gemar bermain golf kerana baginya permainan itu memakan banyak masa. Namun, bermain atau tidak bukanlah kayu pengukur untuk menunjukkan seseorang itu bagus atau tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s