PERMOHONAN MAAF KEPADA PEGAWAI ZAKAT SELURUH NEGARA??

ADA DAPAT VIRAL SAFF RAINZ KONON BAGI SENTAP PEGAWAI ZAKAT SELURUH NEGARA 200%?

PERMOHONAN MAAF KEPADA PEGAWAI ZAKAT SELURUH NEGARA??

Kami dapatkan jawapan dari salah satu Majlis Agama Negeri iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah dijawab dari tahun 2015 lagi.Jawapannya di link ini : goo.gl/ZM2E2s dan dibawah ini.

Siapa Saff Rainz ni?? = Akaun Palsu Yang Sudah TIdak Wujud
_________________________________

Viral sekarang ini posting Renungan Sentap yang ditulis oleh pengguna FB Saff Rainz tentang pengurusan zakat. Posting ini sudah tersebar sejak tahun lepas dan MAIWP telah memberi penjelasan. Saff Rainz sendiri telah menyiarkan maklumbalas MAIWP di wall FB seperti gambar.
Memadangkan ia masih viral, maka MAIWP kemukakan sekali lagi jawapannnya.

MASUK KERJA JAM 7 BALIK 5 PETANG, PEGAWAI ZAKAT TAK BUAT APA

Sebagaimana yang ditulis, perkara ini merupakan satu dakwaan melulu. Di MAIWP, kami menerima lebih 300 orang pemohon bantuan yang datang ke kaunter setiap hari. Tidak ada masa utk kami melakukan apa yg didakwa.

MENCARI ASNAF

Spt banyak kali maklumkan, di Wilayah Persekutuan, kami telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP utk cari mereka yang susah dan tercicir dan kami bukan hanya tunggu di pejabat. Kami buka talian hotline utk mudahkan org laporkan kalau ada di kawasan mereka yg dalam kesusahan. Tapi ini bukan bermaksud kami sendiri tidak mencari, cuma kami turut mengharapkan kerjasama orang ramai utk salurkan mklumat sekiranya kami terlepas pandang.

BANTUAN BERBULAN2 BARU DAPAT

Di Wilayah Persekutuan, kelulusan bantuan akan diberikan dalam tempoh 5 hari setelah dokumen lengkap dan bantuan akan disalurkan kepada penerima dalam 2 minggu. Jadi di mana asas dakwaan ini?

WANG UTK PELAJAR KENA BERI TANPA BAYAR BALIK

Sememangnya bantuan-bantuan zakat di MAIWP kesemuanya tidak perlu dibayar balik termasuk bantuan pelajaran, perniagaan dan lain2.

BANGUNAN PEJABAT ZAKAT DAN GAJI

Telah diperuntukkan dalam asnaf zakat iaitu amil untuk digunakan bagi membiayai pengurusan institusi zakat. Tp jumlah yang boleh digunakan perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan dari JK Hukum Syarak yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan bukan sewenang2nya digunakan. Kami sentiasa diaudit dan MAIWP telah menerima sijil audit bersih 10 tahun berturut2 dan 4 bintang bagi indeks akauntabiliti pengurusan kewangan daripada Jabatan Audit Negara 3 tahun berturut-turut.

KEBANYAKAN BANTUAN BUKAN DARI PUSAT ZAKAT

Percaya atau tidak, sebahagian besar kes yang keluar di akhbar bila disemak mendapati mereka sebenarnya telah menerima bantuan zakat.

SKANDAL WANG PALESTIN HILANG

Perkara ini tidak berlaku di MAIWP dan mohon ia dapat dirujuk terus kpd negeri yang berkaitan.Ianya khabar yang tidak betul berlaku pada tahun 2015 dan ianya fitnah.

Maka inilah antara maklumbalas yang MAIWP boleh berikan bagi menjawab tulisan viral berkenaan. Harus diingat pengurusan zakat adalah di bawah bidang kuasa negeri masing2 dan bagi memudahkan maklumbalas diberikan dengan tepat, sewajarnya ia ditujukan kepada agensi zakat di negeri berkaitan dan tidak “pukul rata” semua agensi zakat.

Tolong pakat “share” utk sama-sama beri penjelasan.

Kami kongsikan satu komen terbaik dari netizen yang sangat positif:

Jom follow page Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s