Dulu 28 ,kini ada 29 skim bantu asnaf zakat Wilayah Persekutuan

baitulmal 2

KUALA LUMPUR: Institusi zakat sering dikaitkan dengan persepsi dan prasangka buruk seolah-olah sumbangan masyarakat melaluinya tidak sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Unit Komunikasi Korporat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kenyataannya berkata, tanggapan negatif sebegini bukan saja mencemar imej institusi pengurusan zakat, bahkan membuatkan orang awam kurang yakin kepada badan dipertanggungjawabkan melakukan kutipan dan pengagihan.

“MAIWP ialah organisasi yang berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya melalui 28 skim dan mulai tahun 2019 ini telah menjadi 29 skim.Skim yang  terbaru ialah Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak OKU.

“Bantuan kepada asnaf merangkumi pelbagai aspek termasuk keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah.

“Bantuan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit secara bulanan, tetapi merangkumi perkara lain membabitkan keluarga asnaf itu seperti menampung sewa rumah sekiranya tidak mampu, pembiayaan pelajaran dan membantu mereka yang menceburi perniagaan secara kecil-kecilan,” katanya dalam kenyataan kepada BH di sini, hari ini.

Kenyataan itu berkata, semua bantuan yang diberikan kekal sehingga keluarga berkenaan keluar daripada taraf asnaf miskin.

Katanya, bagi menjejaki golongan asnaf yang tercicir, MAIWP turut menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk turun padang, selain mengharapkan kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya didapati ada keluarga atau individu layak mendapatkan bantuan zakat.

Mengenai dakwaan birokrasi berlaku dalam institusi zakat, kenyataan itu berkata, hal berkenaan juga tidak benar kerana pemohon hanya perlu mengisi borang bersama maklumat lengkap.

“Ini penting untuk memastikan pemohon benar-benar termasuk dalam golongan yang layak menerima bantuan zakat.

“Permohonan juga tidak memerlukan pengesahan daripada mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung dan imam.

“Proses kelulusan juga dipercepatkan kepada lima hari dan bagi kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dengan segera,” katanya.

Justeru, orang ramai diharap tidak mengeluarkan kenyataan tidak sahih mengenai pengagihan zakat, sebaliknya membuat kajian dengan mendapatkan keterangan lanjut menerusi laman web http://www.maiwp.gov.my ,Facebook Baitulmal MAIWP , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan – MAIWP

Untuk berzakat boleh KIRA,BAYAR dan SEMAK zakat anda di http://www.zakat.com.my dan segala info dakwah pungutan zakat boleh rujuk di FB Pusat Pungutan Zakat 

Selain Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak OKU, apalagi 28 skim itu? rujuk poster:

29 SKIM BANTUAN ZAKAT UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN

Dana zakat yang diterima daripada para pembayar disalurkan kepada asnaf menerusi pelbagai jenis bantuan. Sehingga kini, terdapat 29 skim bantuan zakat yang disediakan.

➡️Asnaf fakir dan miskin akan dibantu setiap bulan menerusi Bantuan Kewangan Bulanan.

Asnaf tiada tempat tinggal?

➡️Terdapat Bantuan zakat seperti Bantuan Sewa Rumah, Bina dan Baiki Rumah. Untuk pembelajaran anak-anak asnaf, ada bantuan bermula dari sekolah rendah sehingga pengajian tinggi.

Asnaf sakit?

➡️Terdapat bantuan perubatan membantu kos perubatan, peralatan kesihatan, ubat-ubatan termasuk rawatan hemodialisis.

Asnaf mahu berdikari?

➡️Maka disediakan bantuanbantuan seperti Bantuan Perniagaan untuk membantu mereka.

 

Jom pakat share artikel ini

Jom follow page FB kami; Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s