Pelajar Tajaan Zakat Cemerlang Di Ain Shams, Mesir

9 Feb 2019 – Cairo. Seramai 44 orang Pelajar Perubatan Malaysia di Universiti Ain Shams Mesir telah menamatkan pengajian pada tahun ini. Daripada 44 orang pelajar, 21 orang daripadanya adalah pelajar Tajaan Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK).

Majlis Konvokesyen telah diadakan di Convocation Place Hall 502,Training & Education Enhancement Centre (TEEC), Faculty of Medicine Ain Shams University dengan jayanya dengan dihadiri oleh waris pelajar dan tetamu terhormat.

Diantara tetamu yang hadir dan memberi anugerah kepada graduan perubatan Universiti Ain Shams adalah Duta Malaysia Ke Mesir TYT Hanif bin Abd Rahman, Dekan Fakulti Perubatan Ain Shams Prof.Dr. Mahmoud elMetini. Turut hadir ialah Prof.Dr. Ashraf Omar dan Prof.Dr. Shahera Samir .

Tambah membanggakan, seorang pelajar tajaan LZNK iaitu Anis Nurhani Binti Bahrin telah menerima anugerah cemerlang dan telah memberi ucapan didalam majlis tersebut.

Tahniah diucapkan kepada graduan Universiti Ain Shams dan semoga kembali ke Malaysia untuk menyumbang bakti kepada tanah air tercinta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s