Ibu mualaf ini malu & sedih. Anak terpaksa makan sisa dari tong sampah sekolah dibantu Zakat Terengganu.

Makluman Kes Viral

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tiada maklumat sebelum ini mengenai penama kerana penama baharu sahaja berpindah ke Dungun, Terengganu pada Jun 2018. Penama mendaftar Islam di Sabah dan tidak pernah mengikuti kelas/program anjuran MAIDAM untuk muallaf berkemungkinan kerana pemohon tiada info.

TINDAKAN UNIT DAKWAH SAUDARA KITA MAIDAM

1. Telah menghantar Sukarelawan Muallaf MAIDAM pada hari sama (Isnin 11 Feb 2019) untuk mendapatkan maklumat dan mengisi borang permohonan bantuan zakat secara atas talian.

2. MAIDAM meluluskan Bantuan Sara Hidup RM5000.00 sebagai permulaan dan diagihkan mengikut keperluan dan akan menambah jumlah bantuan dari semasa ke semasa mengikut keperluan juga.

3. Bantuan Sewa Rumah selepas siasatan sekiranya layak/berkeperluan

4. Bantuan dapur bulanan

5. Tawaran mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita (2 kali seminggu) dan Kelas Bimbingan al-Quran Saudara Kita (2 kali seminggu) di Premis MAIDAM, Kg Pak Sabah dengan elaun kehadiran RM800.00 sebulan. Pengangkutan diuruskan oleh Sukarelawan Saudara Kita MAIDAM Daerah Dungun.

Jazakumullahu Khairal Jaza’ atas keprihatinan semua.

Unit Dakwah Saudara Kita MAIDAM talian 09-6303030 mengenai saudara kita/muallaf yang perlukan bantuan zakat & bimbingan.

Unit Dakwah Saudara Kita MAIDAM

Kisah keluarga ini juga mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus.

Jom like FB kami Kisah Zakat Malaysia untuk mengetahui lagi pasal zakat seluruh Malaysia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s