Benarkah Tiada Lagi Operasi Serbuan Pada Hari Kekasih?

Sejak kelmarin agak heboh di media maya mengenai dakwaan tiada lagi operasi serbuan pada Hari Kekasih, bagi menjelaskan keributan yang berlaku, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil di laman Facebook rasmi menjelaskan mengenai usaha mereka beri kesedaran tentang larangan menyambut Hari Kekasih.

Menurutnya JAWI akan memberi penerangan dan pemantauan kepada orang ramai tentang larangan menyambut Hari Kekasih dalam kalangan umat Islam sebagaimana diputuskan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bahawa sambutan tersebut adalah dilarang melibatkan pasangan bukan sah ikatan perkahwinan.

JAWI akan mempergiatkan kempen dan sesi penerangan serta pemantauan sempena Hari Kekasih ini melalui tiga peringkat.

Peringkat pertama sesi penerangan dan pendidikan mengenai hukum dan larangan sambutannya kepada pasangan muslim yang tidak sah ikatan.

Peringkat kedua pula sesi pemantauan dan tinjaun jika ada kes-kes dilaporkan pihak berkenaan.

Dan peringkat ketiga barulah penguatkuasaan sekiranya masih ada lagi pihak sama melanggar undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan meskipun sudah diberi pendidikan dan penerangan serta amaran secukupnya.

Pendekatan diambil JAWI ini sesuai dengan pendekatan RAHMAH dalam penyampaian perkhidmatan JAWI hari ini dimana masyarakat dididik dengan penerangan dan pendidikan, kemudian amaran dan peringatan, jika masih berdegil dan berkeras melanggar peraturan barulah tindakan akan diambil. Orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam dah sebarang pelanggan undang-undang yang berkuatkuasa akan diambil tindakan.

Ia menekankan prinsip rakyat perlu diberi pendidikan dan kefahaman secukupnya supaya dapat memahami kesan dan akibat dari sambutan Hari Kekasih melibatkan pasangan yang tidak mempunyai ikatan yang sah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s