Mengapa isu miskin tidak habis-habis, walaupun zakat dikutip berjuta. Ini sebenarnya berlaku…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sikap tidak berpuas hati terhadap institusi zakat seringkali di bangkitkan oleh masyarakat. Isu mempertikaikan pelaksaaan agihan zakat telah wujud sejak zaman berzaman. Bukan sebarangan orang yang dipertikaikan itu, kerana orang yang dianggap tidak cekap dan tidak betul mengagihkan zakat itu adalah Nabi Muhammad SAW sendiri.

Isu mengenai pertikaian agihan zakat bukan baru timbul pada hari ini tetapi Rasulullah sendiri pernah menghadapi pertikaian mengenai pembahagian zakat, seperti firman Allah SWT :

“Dan di antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.. ‘ – At-Taubah: 58

Banyak faktor datangnya miskin

Pembasmian kemiskinan bukanlah perkara yang boleh dikawal dan dijangka. Ini kerana miskin itu datang disebabkan banyak faktor. Antaranya :

1. Ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah,meninggalkan tanggungjawab kepada tanggungannya atau melakukan jenayah sehingga dipenjarakan atau sebagainya.

2. Ekonomi – Hilang mata pencarian disebabkan diberhentikan kerja,muflis dan peningkatan kos sara hidup sehingga berhutang dan banyak bayaran wajib tertunggak.

3. Penceraian – keruntuhan institusi keluarga boleh menyebabkan mereka menjadi asnaf fakir dan miskin.

4. Kematian ketua keluarga yang merupakan tunjang utama juga boleh menyebabkan waris dan tanggungannya terjerumus dalam kemiskinan.

5. Ditimpa musibah seperti menghidap penyakit kronik dan memerlukan kos yang tinggi, ditimpa kemalangan, kebakaran atau sebagainya.

Oleh itu, kemiskinan memang susah untuk dibasmi 100% , apa yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan zakat adalah mengurangkannya. Walaupun begitu, masih muncul rasa tidak berpuashati di kalangan netizen dengan sistem agihan zakat dan kisah pengurusan zakat Malaysia.

Berapa susah keadaan susah itu untuk terima zakat? Had kifayah…

Jom sama-sama bantu laporkan kesusahan dan kemiskinan mereka kepada pihak zakat negeri masing-masing. Jika masih mencari kesalahan orang lain, miskin tetap miskin, yang berburuk sangka semakin ramai tanpa selidik terlebih dahulu.

Realitinya pemohon bantuan zakat tidak dapat terima kenyataan bantuan ditolak sanggup burukkan pihak zakat dalam media sosial. Pemohon mungkin lupa dengan nama permohonan, jadi perlu di teliti dan dikira HAD KIFAYAHnya.

Susah. Ramai kata mereka susah, tetapi susah yang bagaimana yang layak terima zakat? Sekiranya tidak layak terima bantuan zakat pasti ada sebabnya untuk dimuhasabah.

Jika kita rujuk dengan zakat negeri-negeri pasti akan terkejut dengan apa yang pihak Pusat Zakat dah buat dalam membantu asnaf.

Kita suka melihat dengan kaca mata emosi. Kita jumpa orang susah, orang sakit, ibu tunggal dan sebagainya. Kita marah apabila permohonan zakat mereka ditolak atas alasan slip gaji menunjukkan mereka tidak layak.

Pernah tidak kita fikir di luar sana ada orang yang lebih susah daripada yang kita nampak, yang kita jumpa, yang kita selamatkan, yang mana mereka juga memerlukan zakat.

Bayarlah zakat kepada institusi zakat

Yang sakit memerlukan bantuan zakat ramai, maka keutamaan diberikan kepada yang benar memerlukan. Ibu tunggal yang miskin ramai, keutamaan diberikan kepada yang benar memerlukan.

Kita mahu bersedekah pun kita tidak beri apabila kita lihat orang itu diragui. Inikan pula duit zakat.

Ramai berkata naikkan lah had kifayah biar ramai dapat zakat! Benarkah itu penyelesaiannya. Apabila had kifayah dinaikkan, benarkah ramai akan dapat zakat? Untuk menaikkan jumlah mereka yang menerima zakat ialah dengan kita bayar zakat kepada PUSAT ZAKAT.

Naikkanlah jumlah sumbangan kepada penerima zakat. Benarkah itu penyelesaiannya? Bukankah apabila setiap penerima zakat menerima jumlah yang lebih besar akan menyebabkan jumlah penerima zakat semakin berkurangan.

Matematik mudah:

Ada RM100. Jika seorang dapat RM10, maka 10 orang akan mendapatnya.
Jika seorang dapat RM20, maka 5 orang akan mendapatnya.
Jika seorang dapat RM50, maka 2 orang akan mendapatnya.

Jadi, apa penyelesaian agar lebih ramai dapat zakat dan jumlah bantuan kepada setiap penerima dapat ditambah. Penyelesaiannya ialah dengan kita membayar zakat kepada pusat zakat supaya jumlah kutipan tinggi, maka lebih ramai akan menerimanya, dan jumlah sumbangan yang diterima dapat bertambah.

Tetapi matematik mudah seperti di atas ramai tidak suka kan? Sebab kita lebih suka melayan emosi dan amarah dan kita menyangka diri kita seorang sahaja peka kepada orang susah.

Jumpa kes “orang susah” bantulah dengan menyalurkannya kepada pihak zakat. Sebabnya, pihak zakat bukannya super hero yang sentiasa ada di semua tempat.

Peranan masyarakat, usah tuding jari

Kesilapan besar yang perlu diperbetulkan oleh rakyat Malaysia adalah persepsi orang miskin yang terima zakat akan terus hidup senang. Institusi zakat ni bertujuan meringankan kemiskinan hidup bukan untuk membasmi kemiskinan sepenuhnya. Institusi zakat ada peranannya, masyarakat pun ada peranan juga. Sama-sama berganding bahu atasi kemiskinan.

Bila nampak saja orang miskin duduk bawah jambatan, terus dituduhnya pusat zakat tak buat kerja, makan gaji buta, tangkap gambar kasi viral dalam Facebook tetapi akhirnya bila diperiksa, rupanya si polan tu dah bertahun dapat bantuan!

Kalau bijak dan betul-betul prihatin, telefon Pusat Zakat, beri maklumat orang miskin tu untuk mereka bertindak.

1. Ambil nama & nombor kad pengenalan
2. Ambil alamat
3. Ambil nombor telefon
4. Ambil gambar mereka

Sahihkan cerita mereka dengan pusat zakat negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat samada mereka sudah menerima bantuan atau belum. Ambil kira juga ada asnaf yang berpindah rumah dan tidak mengemaskini alamat terbaru mereka. Nombor telefon pun bertukar.

Bila nampak orang susah berniaga, juga nak salahkan pusat zakat. Seolah-olah mereka perlu dibantu sehingga tidak perlu bekerja dan berniaga lagi. Bila dapat bantuan zakat, dia masih lagi perlu bekerja. Bukan kena goyang kaki dan bergantung sepenuhnya hidup dengan duit zakat. Jadi misalnya kita tahu dia berniaga, kita bantu dengan cara membeli dan bersedekah.

Dalam satu negeri, berupa juta daun pintu nak diketuk pihak zakat untuk menjejak asnaf? Peranan kita dan kejiranan juga perlu dalam hal ini, usah biarkan jiran kawasan anda ditinggalkan terkontang kanting tanpa bantuan sewajarnya.

One thought on “Mengapa isu miskin tidak habis-habis, walaupun zakat dikutip berjuta. Ini sebenarnya berlaku…

  1. bibiana

    sy nk crta sikit pengalaman sy nak mintak bantuan zakat,thn2017,ank sy berusia 7 bulan terpaksa menjalani pembedahan mata kerana menghidap katarak mata dan perlu beli kanta mata bernilai rm650…jumlah tu agak bsr bgi kmi yg kurang berkemampuan.sy pergi ke pusat zakat kota kinabalu,diorang minta salinan laporan doktor 5 keping.sy pn blk ke hospital likas bincang dgn doktor pakar mata msa tu,doktor ckp tidak blh bt surat klu pembedahan blm dijalankan,susah sngt memohon bantuan zakat ni padahal kita layak dan memerlukan,doktor mnta bhgn kebajikan hospital uruskan bantuan baitulmal utk beli kanta..alhamdulillah sy dpt bantuan tu utk beli kanta mata ank sy.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s