Salur modal tingkat bisnes asnaf

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus komited membantu usahawan asnaf apabila memperuntukkan RM800,000 bantuan kewangan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Abdul Aziz Jusoh berkata, menerusi Usahawan Baitulmal MAIWP, sejak 2014 RM15 juta disalurkan kepada usahawan yang terbabit.

Katanya, mengambil data bermula tahun 2014 juga seramai 4,534 orang dibantu perniagaan mereka.

“Skim bantuan MAIWP ini berbentuk bantuan modal yang tidak perlu dibayar balik iaitu berupa bantuan permulaan dengan jumlah maksimum RM5,000.

“Bantuan ini juga boleh dipertimbangkan secara berperingkat berdasarkan perkembangan perniagaan usahawan itu sendiri sehingga RM35,000,” katanya.

Menurutnya, kategori usahawan yang boleh dibantu oleh MAIWP adalah mereka yang terbabit dalam industri makanan dan minuman, jahitan, kraftangan, makanan sejuk beku, kecantikan, dandanan dan perniagaan yang bersesuaian selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata, MAIWP juga dalam usaha bagi menambahbaik prosedur skim bantuan sedia ada dalam membantu memantapkan lagi perniagaan usahawannya.


Mari bersama bantu asnaf dengan berzakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Berzakat secara online di: http://www.zakat.com.my

Sumber: FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s