ZAKAT BANTU BIAYAI KOS PEMBEDAHAN ADIK AZALEA

SUNGAI BULOH, 21 Februari 2019 – Musibah menimpa adik Azalea Hani Abdul Rahim, mangsa melecur seluruh badan akibat terkena sambal popiah yang mendidih telah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS akan menyalurkan bantuan zakat bagi membiayai kos rawatan termasuk pembedahan dan pemulihan adik Azalea. Bantuan pertama sebanyak RM20,000 bagi pembedahan membuang kulit mati yang dijangka akan dilaksanakan pada Jumaat ini, akan dibiayai melalui Tabung Kebajikan Pesakit Zakat Selangor.

Untuk makluman, Tabung Kebajikan Pesakit Zakat Selangor merupakan inisiatif LZS dengan kerjasama 18 buah hospital dan institut perubatan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Objektif utama, adalah bagi meringankan bebanan pesakit Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan kos pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital, di samping memudahkan urusan permohonan bantuan pesakit.

Dalam satu pertemuan yang diadakan, LZS turut menyerahkan bantuan kecemasan tunai sebanyak RM500 kepada ibunya, Zalida Syuhana Ahmad Tamam bagi meringankan beban beliau berulang-alik ke hospital.

Pihak LZS akan terus melaksanakan pemantauan terhadap keluarga ini dan bantuan zakat lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan mereka bergantung kepada syarat dan kelayakan.

Ikuti Sosial Media Kisah Zakat Malaysia untuk perkembangan semasa zakat negeri-negeri

One thought on “ZAKAT BANTU BIAYAI KOS PEMBEDAHAN ADIK AZALEA

  1. Khadijah

    😭😭😭😭😭 tiada kata2 hanya Air mata yg mengiringi aku smlm..semasa melawat adik azalea..Sampai ku bayangkn ank2 ku.Semoga Allah sembuhkn adik azalea..Kurangkn segala kesakitan yg di tanggungnya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s