Anak asnaf perlu tingkat kualiti diri dan keluarga

Masjid Tanah – Peranan anak-anak asnaf dalam membantu meningkatkan tahap pendidikan sesebuah keluarga menjadi keutamaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Seksyen Pembangunan Insan MAIM merupakan sebuah unit yang diberi tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan dimensi penarafan pendidikan anak-anak asnaf di negeri ini.

Kursus dan program telah diatur dalam menjayakan program berbentuk ilmiah bagi menambah baik proses pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.

Program berbentuk motivasi dan jati diri amat penting dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka sikap bertanggungjawab dalam pendidikan dan moraliti diri.

MAIM selaku agensi tunggal dalam mempertingkatkan taraf hidup asnaf di negeri ini sentiasa menekankan aspek pendidikan dalam kalangan anak asnaf.

Dengan kerjasama syarikat mahupun agensi swasta yang prihatin program berbentuk ilmiah dan dakwah sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Kursus Membina Sahsiah Diri Perintis Harapan merupakan antara program yang dilaksanakan pada tahun ini untuk anak asnaf MAIM tahun lima sekitar negeri ini.

Penyertaan seramai 138 orang pesertta terdiri daripada anak asnaf menunjukkan komeitmen mereka untuk meningkatkan semnagat jati diri bagi membantu keluarga mereka di masa akan datang.

Anak asnaf merupakan aset penting keluarga dan penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa diutamakan supaya kehidupan mereka dimasa akan datang lebih terjamin.

Kualiti yang ada pasti akan membantu meningkatkan taraf kehidupan keluarga asnaf dan menjadi penyumbang kepada pembangunan keluarga ke arah yang baik.

Ingin mengetahui info zakat negeri Melaka??ikuti di FB:

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Zakat Melaka

Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Melaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s