Usah mudah simpati, selidik dulu…

PENULARAN berita di media sosial mengenai seorang lelaki dikatakan berjalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Pulau Pinang menuju selatan hingga mendapat perhatian netizen, dikatakan mempunyai cerita di sebaliknya.

Sesiapa yang membaca kisah meruntun hati itu dan terserempak dengan lelaki terbabit pasti bersimpati dan ingin membantunya, apatah lagi melihat keadaannya berjalan sendirian di bawah terik matahari.

Namun, susulan tularnya kisah berkenaan, seorang individu tampil mendakwa lelaki berkenaan sudah cuba dibantu termasuk memberikan wang, tempat tinggal dan pekerjaan, tetapi malangnya dia lesap selepas dibantu selama kira-kira sebulan.

Individu ingin dikenali sebagai Ishak, 36, berkata dia terserempak dengan lelaki yang dikenali sebagai Bokri itu pada 28 Disember tahun lalu ketika dalam perjalanan pulang bersama keluarga dari Pulau Pinang ke kampungnya di Kuala Kangsar.

“Saya jumpa dia berjalan di lebuh raya di Bukit Merah dan mempelawanya naik kereta bersama untuk menghantarnya pulang ke Pengkalan Hulu selepas dia mendakwa gagal mencari kerja di Pulau Pinang dan tiada duit untuk pulang.

“Dalam perjalanan, dia bercerita dengan sebak tentang kehidupan susahnya termasuk perlu menanggung dua anak masih sekolah selepas ditinggalkan isteri serta menjaga ibu sakit hingga membuatkan saya simpati untuk membantunya lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, semalam.

Menurutnya, dia berjanji akan membantu lelaki terbabit termasuk menanggung yuran serta kos pakaian seragam sekolah anaknya serta memberikan kerja di ladang pisang abang ipar.

“Saya membawanya balik ke rumah ibu di kampung sebelum mahu menghantarnya pulang ke Pengkalan Hulu, tetapi lelaki itu menolak dan meminta menghantarnya ke pekan Lenggong sahaja pada kali pertama kali bertemu itu.

“Saya mengambil nombor telefonnya untuk berhubung kerana berjanji mendapatkan kerja di ladang abang ipar dalam tempoh seminggu dan dari situ bermulalah pelbagai kisah sedih lain hingga saya simpati serta memberi wang keseluruhan sebanyak RM1,000,” katanya.

Ishak berkata, pada penghujung Januari lalu, dia membawa lelaki berkenaan ke rumah abang iparnya untuk memulakan kerja di ladang, namun malangnya lelaki itu menghilangkan diri pada keesokan harinya serta tidak dapat lagi dihubungi.

“Bila saya terbaca kisah lelaki sama yang ditularkan individu lain di Facebook beberapa hari lalu, saya terpanggil mendedahkan pengalaman dialami agar tiada yang terkena seperti saya.

“Saya reda dengan apa yang dialami, cuma terkilan lelaki itu menggunakan simpati masyarakat untuk kesenangan diri sedangkan dia mempunyai kudrat untuk bekerja.

“Saya berharap orang ramai yang ingin bantu agar berhati-hati serta tidak mudah memberikan wang,” katanya.

Sejak kelmarin, tular di media sosial mengenai seorang lelaki dilihat berjalan di lebuh raya dari Sungai Dua, Pulau Pinang menuju Taiping yang kemudian ditumpangkan menaiki motosikal oleh seorang wanita prihatin ke stesen bas Parit Buntar.

Malah, wanita terbabit memberi sedikit wang untuk tambang bas serta makan.

Sumber:Harian Metro 23 Februari 2019

One thought on “Usah mudah simpati, selidik dulu…

  1. Amir aiman

    Tolong orang pun nak ungkit…Yang buat cerita BuKan die..orang Yang jumpa die.. lain Kali kalau nak buat kisah bagi la Yang mengikut garis agama BuKan sibuk buka aib orang..patutnya pusat zakat selidik apa yang tak kena…BuKan sibuk buat cerita…buat la cerita Yang mendidik maayarakat tentang zakat ini tidak sibuk buat cerita kononnya pusat zakat ni terbaik 1 dunia…sejak kerajaan baru ni makin celaru bila Di beri ruang untuk menyampaikan berita…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s