MAIWP perhebat usaha bantu asnaf

PENGERUSI MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee (dua dari kanan) menyerahkan bantuan am perubatan seperti susu kepada penerima, Ismail Mohamad (berdiri, dua dari kiri) dan keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Kuala Lumpur hari ini.

Atas dasar itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merancang untuk memperhebatkan lagi usahanya dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk turun padang memberi penerangan kepada syarikat-syarikat besar untuk memberi sokongan.

“Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini, mungkin ada syarikat yang berkira-kira untuk menurunkan jumlah pemberian zakat, namun begitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Baitulmal MAIWP akan turun padang memberi penerangan kepada mereka.

“Saya sendiri juga telah merancang supaya MAIWP mengorak langkah menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan yang kurang berisiko bagi menambahkan hasil Baitulmal menerusi keuntungan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada golongan asnaf di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: