Pulau Pinang bina hospital konsep zakat, wakaf

mainppmansor22f_15508244426047918462914871107.jpg
Abdul Malik (kanan) bersama Mansor (kiri) sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian pajakan pembinaan HIPP antara MAINPP dan YIPP di Georgetown, hari ini. – NSTP/Ramdzan Masi

GEORGETOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pembinaan hospital Islam berkonsepkan wakaf dan zakat yang pertama di wilayah utara.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) itu akan dibina di Bayan Baru di sini, dengan kos keseluruhan RM250 juta.

Pembinaan hospital dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) itu sudah dirancang sejak 2016 dan kerja pembinaan hospital di atas tanah seluas satu hektar dijangka bermula minggu hadapan.

“Kelulusan bagi pembinaan HIPP sudah diperoleh daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 17 Julai tahun lalu dan kita jangka ia dapat siap sepenuhnya pada 2022.

“Fokus utama HIPP adalah membantu golongan memerlukan, terutama asnaf untuk menerima rawatan terbaik kerana hospital ini adalah bercirikan wakaf dan zakat,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian pajakan pembinaan HIPP antara MAINPP dan YIPP di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman, dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali.

Perjanjian pajakan itu akan menyaksikan YIPP diberi hak untuk memajak tanah hospital berkenaan selama 66 tahun, sehingga 2085.

Susulan hak itu, YIPP melantik Hospital Pakar An Nur Hasanah Sdn Bhd (HPAN) yang turut beroperasi di Bangi, Selangor, sebagai pengendali bagi menguruskan hospital berkenaan.

Sementara itu, Mansor berkata, HIPP akan menerapkan amalan perubatan berasaskan Islam, di mana wad lelaki dan perempuan akan diasingkan, doktor wanita untuk wad bersalin dan kakitangan bertugas yang menutup aurat.

Katanya, HIPP turut menawarkan 20 katil wakaf untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan rawatan perubatan.

“Pembiayaan kos rawatan bagi 20 katil wakaf ini akan ditanggung oleh HIPP sebagai salah satu komitmen bahawa hospital ini khusus kepada golongan memerlukan,” katanya.

Hospital itu yang akan dilengkapi 200 katil termasuk 20 katil diperuntukkan kepada asnaf.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s