Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP ringan beban waris pembayar zakat

KUALA LUMPUR, 28 Feb 2019 — Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) hari ini melancarkan inisiatif Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian) bagi meringankan beban waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff berkata, menerusi skim berkenaan, sumbangan sebanyak RM3,000 akan diserahkan kepada waris yang menanggung beban kewangan apabila berlaku kematian kepada pembayar yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.

“Skim ini telah bermula sejak 1 Januari lepas dan kami percaya sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban waris,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran skim, di sini, hari ini.

Katanya, pembayar individu yang mempunyai rekod bayaran zakat sekurang-kurangnya RM50 setahun tidak termasuk zakat fitrah pada tahun kematian atau sebelum tahun kematian layak menerima skim ini.

Bagi waris pula, ia dibuka kepada balu atau duda, anak, ibu atau bapa, anak angkat yang sah dari segi undang-undang serta pihak ketiga bagi pembayar yang tidak mempunyai waris seperti NGO, organisasi, masjid dan badan-badan kebajikan yang berdaftar.

Waris boleh membuat permohonan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh kematian dan proses bayaran akan dibuat dalam 14 hari bekerja.

“Melalui skim ini, secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada individu yang menunaikan kewajipan di PPZ-MAIWP,” tambahnya.

Setakat ini, jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP adalah sebanyak RM70 juta dan menyasarkan RM710 juta dengan 190,000 pembayar zakat pada tahun ini.

Siapakah yang layak menerima skim ini?klik link di bawah untuk info lanjut:
http://www.zakat.com.my/kafalah/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s