Patutkah Sisters In Islam dapat peruntukan RM30K?

Peruntukan RM30,000 Buat Sisters In Islam

1. Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh semalam (8 Mac 2019) dilaporkan mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk Sisters in Islam. Beliau hadir dalam Majlis Pelancaran Statistik dan Dapatan Telenisa 2018 di Kuala Lumpur anjuran Sisters in Islam.

2. Dalam usaha Jabatan Agama menangani kekeliruan fahaman liberal yang dibawa oleh kumpulan Sisters in Islam ini, terdapat juga pihak yang menyokong ke arah pengembangannya.

3. Untuk rekod, JAIS pada 2014 telah mengisytiharkan Sisters in Islam sebagai tertubuhan yang sesat. Kenyataan tersebut telah diwartakan dan menyebutkan:

“SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan Hukum Syarak.”

Fatwa Pengharaman Sisters In Islam:

FB_IMG_1552136839102

 

4. Diharapkan agar usaha JAIS memperkasa ajaran Islam dengan mengenepikan fahaman-fahaman yang sesat dan menyeleweng ini mendapat sokongan dan perhatian kaum Muslimin semua.

Moga Allah membimbing kita semua.

Sumber:

Dr.Ahmad Sanusi Azmi

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Pengasas Bersama Ulum Hadith Research Centre & Penasihat Syariah Indahnya Islam.

Sumber berita:
https://m.malaysiakini.com/news/467180?fbclid=IwAR3lxXl4LvgWh00IMHSs1Xet5L44P8tfLG7bTJohwqXdr9HQ_WM1ridp8zs

Sisters In Islam antara yang hadir dalam Perarakan Women’ March hari ini yang dijenamakan sebagai suatu perhimpunan pemerkasaan wanita turut menyelitkan seruan untuk mengiktiraf LGBT.

Hal ini didedahkan oleh video di media sosial yang memperlihatkan peserta melaungkan slogan “Hidup, hidup. LGBT” berulang – ulang kali di depan Dataran Merdeka.

Lihat artikel ini: Hidup,hidup LGBT dilaungkan di Dataran Merdeka sempena perarakan wanita

Pendapat anda…patutkah tak patut??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s