Tabung Baitulmal Sarawak lancar aplikasi Jejak Asnaf diperbaharui

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) akan melancarkan aplikasi mudah alih versi ke-2 untuk memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat mengenai golongan asnaf yang layak menerima bantuan.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, aplikasi Jejak Asnaf terbaharu itu bertujuan untuk memperluaskan lagi usaha mengenal pasti individu yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata, pihaknya berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik dengan memberi respon segera selepas menerima maklumat melalui aplikasi itu.

“Aplikasi Jejak Asnaf akan memudahkan masyarakat menyalurkan sebarang maklumat termasuk gambar dan lokasi individu yang memerlukan bantuan.

“TBS akan turun padang menyiasat sama ada individu yang dimuatkan dalam aplikasi ini layak menerima bantuan,” katanya pada sidang media berhubung program Asnaf Health Ride 2019 di Ibu Pejabat TBS di sini hari ini.

Abang Mohd Shibli menambah, versi pertama aplikasi Jejak Asnaf yang pertama dilancarkan pada 2018 berjaya mengesan 97 golongan asnaf di seluruh negeri ini.

“Sebahagian daripada 97 golongan asnaf ini telah menerima bantuan sara hidup daripada TBS,” katanya sambil menambah, TBS sentiasa memastikan hanya penerima yang layak akan diberi bantuan.

Justeru, beliau meminta kerjasama masyarakat supaya tidak terus mengkritik TBS apabila dilihat tidak memberi respon terhadap maklumat yang disalurkan dalam aplikasi mudah alih Jejak Asnaf.

“Sehingga kini, TBS sudah memberi bantuan kepada lebih 1,100 keluarga seluruh Sarawak,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s