BACA! 2 cerita tentang pusat jagaan ditutup

Cerita 1:

SUNGAI PETANI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah terpaksa mengarahkan sebuah pusat jagaan anak yatim di sini ditutup selepas mendapati ia tidak berdaftar dan melanggar peraturan.

Pengarahnya, Azmi Abd Karim, berkata pihaknya mengeluarkan notis kepada pusat jagaan yang dikatakan menempatkan seramai 211 anak yatim miskin itu minggu lalu, berikutan tidak mempunyai sijil akuan yang sah mengikut Akta Pusat Penjagaan 1993.

“Kita sudah berbincang dengan pihak pengurusan pusat jagaan itu dan meminta mereka mendaftar, bagaimanapun beberapa dokumen penting iaitu kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) masih belum kita terima.

“Tindakan mengarahkan pusat jagaan ini ditutup adalah bagi menjamin kebajikan anak-anak di bawah jagaan mereka ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Difahamkan, pusat jagaan itu diberi masa sehingga 18 Mac ini untuk mengosongkan asrama dengan menempatkan semula penghuni ke tempat lain.

Sebelum ini, tular video rakaman penghuni sebuah pusat jagaan anak yatim diarah berpindah oleh pihak berkuasa, namun tidak dinyatakan puncanya.Azmi berkata, pihaknya sudah meminta pengurusan pusat jagaan itu memulangkan semula anak-anak yang majoritinya masih mempunyai ibu bapa kepada keluarga masing-masing.

“Hanya ada sejumlah kecil sahaja kita dapati adalah anak yatim piatu, JKM akan ambil anak-anak ini sekiranya mereka benar-benar tidak mempunyai ahli keluarga lain,” katanya.Dalam pada itu, Azmi berkata, pihaknya juga pernah membantu menghantar beberapa anak-anak di pusat jagaan itu untuk bersekolah selepas mendapati kesemua anak-anak di situ tidak mendapat pendidikan formal.

“Sebelum ini mereka hanya belajar di pusat penjagaan itu mengikut kurikulum mereka sendiri, jadi pada 2017 kita sudah menghantar anak-anak di peringkat sekolah rendah untuk bersekolah.

“Bagaimanapun, anak-anak berusia 12 tahun ke atas hanya belajar apa yang disediakan di pusat jagaan itu sahaja,” katanya.Sementara itu, seorang penjaga pusat jagaan ketika dihubungi mendakwa mereka terpaksa mencari rumah sewa untuk menempatkan semua anak-anak di rumah jagaan itu.

“Kami tidak tahu ke mana untuk kami tuju disebabkan notis untuk mengosongkan rumah jagaan ini terlalu singkat dan kami perlu keluar selewat-lewatnya Isnin depan.

“Kami terpaksa menyewa rumah untuk menempatkan anak-anak jagaan kami atas bantuan dan sumbangan orang ramai,” katanya.

Sumber – Berita Harian Pusat jagaan tidak berdaftar punca ditutup

Cerita 2:

Kes ini perlu kita tahu kisah sebenar..
Tularkan kisah sebenar ini💥💥💥

MAKLUMAT PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) atau PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI atau PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BISTARI.

Mereka tular rayuan bantuan anak yatim miskin dalam media sosial atas nama PUSAT RAWATAN AMAL, apabila berurusan secara rasmi dengan PEJABAT AGAMA DERAH KUALA MUDA, mereka guna atas nama PERTUBUHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN AMAL BISTARI (PPLAB) – rujukan daftar PPM-001-02-07042014 di bawah ROS pada 7 April 2014, di alamat KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Manakala berurusan secara rasmi dengan JKM Sungai Petani pula, mereka guna nama PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK CAHAYA AMAL BESTARI yang didaftarkan di bawah SSM pada 23/7/2017 (Asrama anak yatim miskin). Aduan orang ramai kepada JKM pula atas nama PUSAT RAWATAN AMAL. Sebenarnya tidak ada rekod surat menyurat atas nama PRA.

Nama ini (PRA) tidak pernah digunakan ketika berurusan dengan JKM dan juga tidak pernah wujud nama PRA ketika mereka berurusan dengan Pejabat Agama. Mereka masih gagal untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh JKM dan Pejabat Agama. Dokumen yang diminta antaranya ialah dokumen anak2 yang tinggal di pusat tersebut. Jika anak yatim, mistilah ada salinan sijil mati ayah. Juga lain-lain dokumen bukti alamat dalam sijil lahir anak2 ini berasal dari negeri mana.

Sebelum ini nama Pusat Tahfiz Amal Bestari, yang menjadi Pengetua ialah HAJI MUSLIM AB KARIM. Setelah beliau ditangkap dan dipenjara dan kini mereka tukar nama Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bestari dan pengetua baru Zainal Abidin bin Haji Abu Samah. Mereka ini berasal dari kumpulan ARQAM yang diharamkan oleh kerajaan.

Apabila arqam diharamkan, mereka tubuh kumpulan baru bernama Al-Mansor. Semasa mereka bergerak atas nama Al-Mansor, bermulalah Pusat Tahfiz Amal di Bandar Amanjaya Sungai Petani. Budak-budak ini kononnya anak yatim miskin dihantar untuk punggut derma di seluruh Negara. Apabila pihak berkuasa menggambil tindakan, mereka tukar strategi kepada jualan amal. Selepas itu mereka berpindah ke KM 17, Kampung Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah.

Ada 2 surat dari Jabatan Agama dihantar supaya pusat tersebut ditutup tetapi mereka masih bertahan sehingga perjanjian sewa tanah dengan tuan tanah tamat dan mereka diusir keluar. Akhirnya mereka berpindah ke Taman Pekan Baru, Sungai Petani dalam Kariah Masjid Taman Intan. Kesah mereka ini tidak perlu saya detailkan sebab boleh menulis sebuah buku.

Ada dua kumpulan pecahan ARQAM tapi saya hanya fokus kumpulan Al-Mansor yang telah difatwakan ajaran sesat. Kini mereka tidak lagi menggunakan nama Al-Mansor untuk bergerak. Semasa peringkat awal wujudnya pecahan kumpulan ini dari ARQAM, mereka tubuh Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Ketika itu mereka menggunakan anak-anak mereka (anak-anak ahli) untuk punggut derma seluruh Negara. Ketua mereka adalah Azhar Wahab yang bergelar Raja Sakti atau Raja Azhar bin Raja Wahab.

Selepas itu mereka berpindah PUSAT TAHFIZ AMAL di alamat KM 17, Kg. Permatang Ibus, Jalan Yan, Kuala Kedah. Pusat Tahfiz Amal di Bandar Aman Jaya Sungai Petani dijadikan pejabat YAYASAN HANG TAWI yang dipengerusikan oleh Raja Azhar bin Raja Wahab.

Saya harap kalian di luar sana, jika ada sebarang pertanyaan dan masalah mengenai isu PUSAT RAWATAN AMAL (PRA) ini terus berhubung dengan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda Sungai Petani dan JKM Sungai Petani. Tanya sendiri isu ini dan apa tindakan yang telah mereka lakukan dan akan lakukan.

PERHATIAN :
1. Gunakan kemahiran siasatan dan bertindak secara profesional
2. Turun padang ambil tahu
3. Jangan mudah tular sebarang isu sebelum sahkan
4. Jangan mudah simpati sebelum maklumat tersebut ditularkan
5. Jumpa agensi yang terlibat untuk pastikan isu ini. Jabatan Agama & JKM rujukan utama

Mereka gunakan Ayat Al-Quran dan Hadis untuk mendapat simpati masyarakat.

Sedikit sejarah penempatan belajar di SK Taman Intan. Pada 6 Ogos 2017 pihak sekolah, SK Taman Intan menerima seramai 117 orang pelajar yang tidak pernah bersekolah di mana-mana sekolah Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Mereka ini hanya belajar pendidikan sendiri di bawah kelolaan Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari sendiri.

Satu majlis telah diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dari Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari (PPLAB) ke Sekolah Kebangsaan Taman Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Encik Jasni bin Md Kechik dan Penyelia Kanan Pengurusan Murid, Encik Mohd Shakib bin Mohd Salleh.

Malah turut dihadiri oleh Pegawai Pejabat Daerah Kuala Muda, Encik Mahadhir bin Ismail, Encik Ahmad bin Hashim dan Puan Zuraida binti Zakaria. Turut hadir bersama pemangku Pengetua Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari, Encik Zainal Abidin bin Abu Samah, oleh sebab Pengetuanya Haji Muslim bersama isteri ditangkap polis. Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Puan Norsuyani binti Mohd Noor dan Puan Azizah binti A. Razak, Pegawai Perhubugan Sekolah (PPS) Siti Salmah binti Shaik Saim dan Sarjan Samsudin bin Ismail (Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Daerah Kuala Muda).

Pada tahun ini 2018, murid-murid daripada PPLAB adalah seramai 120 orang, 119 daripada aliran perdana dan seorang daripada kelas pendidikan Khas iaitu Nur Saidatul Syazia binti Azfar, OKU Kategori Pembelajaran Lembam.

DATA MURID MENGIKUT KELAS SK TAMAN INTAN:

1A lelaki 9 orang, perempuan 13 orang. 2A lelaki 6 orang, perempuan 9 orang. 3A lelaki 11 orang, 13 perempuan. 4A lelaki 4 orang, perempuan 11 orang. 5A lelaki 15 orang, perempuan 9 orang. 6A lelaki 10 orang dan perempuan 9 orang. Intan 1 (PPKI) perempuan 1 orang.

Bangunan yang mereka guna hari ini perjanjian sewa selama 3 tahun bermula 1 Januari 2017 (three (3) years.

Sewa bulanan RM14,000 sebulan.

Deposit RM42,000 (Ringgit Malaysia Forty Two Thousand only).

Stamping Date (03/10/2017) LHDN sebanyak RM1,326.00 Address – No. 959-972 (registered owner of all that fourteen (14) units of double storey), Off Jalan Zamrud 6, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Mudir Tabib Pusat Rawatan Amal Ustaz Razif mengatakan Encik dan kawan-kawan Encik yang masih menabur benih fitnah dan umpatan. Malam ini InsyaAllah dibaca yasin khusus dan doa hajat untuk encik dan mereka. Macam-macam kata-kata mereka melalui media social menuduh pihak saya membuat fitnah. Mereka masih tidak mejawab perntanyaan saya, pejabat agama, JKM dan SK Taman Intan, minta maklumat sijil kematian ayah (jika anak yatim), salinan KP ayah ibu, salinan sijil nikah, salianan Mykid dan salinan dokumen hak penjagaan. Banyak lagi maklumat yang diperlukan sebagai bukti setakat ini mereka masih gagal sediakan. Kesimpulan budak-budak ini adalah anak-anak ahli dan anak-anak mereka sendiri.

SEKARANG INI MEREKA BERGERAK KE SELURUH NEGARA ATAS NAMA ‘SEDEKAHLAH ENTERPRISE @ CIMB 8603280292’

Hasil Siasatan Awam:

Ustaz Kamaruddin Kassim,
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia
(UNGGAS MALAYSIA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s