PUSAT-PUSAT TAHFIZ,JAGAAN ANAK YATIM,AMAL DAN SAMA NAMA DENGANNYA.. BERDAFTARLAH !!!

Pusat-pusat yang belum berdaftar, eloklah daftar segera dengan pihak berkuasa.

Patuhilah semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa keselamatan, perbandaran dan pendidikan.

Jika tak mampu patuhi semua syarat, maksudnya pusat-pusat berkenaan tidak layak untuk terus beroperasi sebagai pusat pengajian.

Ibu bapa yang mahu anak-anak mereka hafaz al-Quran boleh hantar ke pusat tahfiz kerajaan atau pusat tahfiz swasta yang sudah berdaftar.

Isunya bukan anti pusat tahfiz, tapi isunya ialah pusat tahfiz perlu berdaftar untuk memudahkan pemantauan dan kawalan.

Jika tak mampu penuhi syarat dan tak berdaftar, eloklah ditutup supaya pelajar tidak tercicir masa depannya.

Walaupun namanya pusat tahfiz, berlabel agama, tak bermakna ia boleh beroperasi sesuka hati.

Masjid, surau, sekolah agama yang lain semuanya perlu berdaftar, kenapa pusat tahfiz mengelak untuk berdaftar?

Kami tidak mahu lagi mendengar ada pusat-pusat yang mengeksploitasi anak-anak mengutip derma bagi menampung keperluan yang bukan-bukan seperti yang terjadi baru-baru ini.

Ianya merosakkan imej Islam secara tidak sedar!

Antara point penting kenapa perlu berdaftar:

1 ) Dapat dipantau oleh pihak berwajib.
2 ) Aspek keselamatan dapat dijaga.
3 ) Silibus matapelajaran selari dengan kehendak semasa.
4) Pemantauan supaya tidak berlaku sebaran fahaman lain.
4 ) Bantuan dan sumbangan dari pelbagai pihak berwajib akan mudah disalurkan.
5 ) Kewangan akan diaudit bagi elak penyelewengan.
6 ) Menambahkan kepercayaan ibubapa untuk hantar anak-anak.
7 ) Membela masa depan anak-anak
8 ) Memastikan tenaga pengajar atau penjaga adalah benar-benar layak dan bukan mengambil kesempatan.

Ini bukan mesej minta pusat-pusat di atas tutup,tapi ini adalah mesej supaya apa saja berimejkan Islam..kita mahukan pengurusan yang bersistematik dan dikawal selia dengan baik.

Sedikit perumpamaan…jika kita nak makan…kita akan pilih kedai makan yang ada cop HALAL oleh pihak Hab Halal JAKIM.

Jadi,begitulah juga kita mahukan untuk pusat-pusat di atas.😊✔

Baca juga artikel-artikel ini:

Sultan Selangor titah tutup sekolah tahfiz tidak berdaftar dengan JAIS

Rentetan dari itu..kami menemui satu post dari seorang pengusaha sekolah tahfiz:

SULTAN TITAHKAN TUTUP MAAHAD TAHFIZ YANG TIDAK BERDAFTAR JAIS. AMPUN TUANKU.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah arahkan tahfiz tak berdaftar tutup. Pengusaha tahfiz kekal tenang, yang tak buka tahfiz pulak meroyan. Apa kes?

Sebenarnya, berita ni kami pengusaha tahfiz dah dapat sebelum Sultan titahkan lagi. Dan JAIS bagi jalan penyelesaian dari tahun lepas lagi. Jadi apa masalah?

Apa yang melucukan bagi saya, siap ada yang kata “jangan kata PH ikut telunjuk DAP ye. Ni sultan yang titahkan.” Eh eh politik.. Kenapa? Suatu ketika dulu kita marah DAP atau golongan Liberal nak tutup Tahfiz, time tu kau diam. Sekali Sultan titahkan tutup tahfiz tak berdaftar, kau gembira? Apa beza reaksi kau antara 2 situasi ni? Jawapannya “sama”. Cuma dulu kalau bersuara nampak liberal. Sekarang berani, sebab ini titah Sultan.

Sultan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dia arahkan agar tutup Tahfiz tak berdaftar, bukan bermakna dia menyekat tahfiz untuk mendaftar. Fikir biar dengan akal yang matang. Saya ceritakan……. Faham molek-molek.

Di selangor, terdapat ratusan Maahad Tahfiz. Dan isu pendaftaran tahfiz bukan isu baharu, tapi isu yang dah lama. Kerana terlalu banyak tahfiz, maka ada tahfiz yang lulus berdaftar dengan mengikut prosedur dan kehendak JAIS. Ada tahfiz yang dah hantar permohonan, namun belum dapat kelulusan walaupun dah ikut semua syarat dari JAIS. Ada tahfiz yang mempunyai masalah dana sehingga mengambil masa yang lama untuk mendaftar.

Baik, jika sesebuah tahfiz telah berdaftar. Maka lepas lah dan selesai. Bagi yang belum dapat kelulusan, JAIS bagi ruang juga untuk beroperasi dengan mengambil borang kebenaran untuk beroperasi sementara selama 2 tahun. 2 tahun ini adalah untuk melengkapkan syarat-syarat JAIS untuk daftar tahfiz.

Contoh, antara syarat JAIS adalah, pelajar perlu cukup seramai 20 orang dahulu baru boleh daftar. Jadi, ada tahfiz yang dari segi tanah, lulus, dari segi kewangan, lulus, dari segi keselamatan, lulus, dari segi pengurusan, lulus. Namun pelajar tak cukup seramai 20 orang. Tetap beri masalah untuk mendaftar dan JAIS bagi ruang, untuk berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah untuk ambil pendaftaran sementara selama 2 tahun operasi bagi lengkapkan semua syarat.
(Tak silap saya, untuk yang terbaru, jika belum cukup 20 orang juga dah boleh memohon untuk mendaftar.)

Dari kajian saya tentang pendaftaran tahfiz di JAIS, setahun ke 2 tahun adalah tempoh biasa untuk lengkapkan syarat. Sultan titahkan tutup tahfiz tak berdaftar JAIS dan yang tiada Sistem Pendidikan Akademik Moden. Dan tiada Sultan mengatakan “Cukuplah, tahfiz dah banyak. Yang dah daftar teruskan, yang tak daftar tutup segera.”

Maka apa yang boleh saya simpulkan, jika sesebuah tahfiz telah lengkap semuanya termasuk mempunyai sistem pendidikan moden, tiada sebab tidak lulus pendaftaran oleh JAIS. Dan jika syarat belum lengkap, JAIS bagi jalan penyelesaian. Moga faham semuanya.

Ayuh, dari kita berpuas hati dengan maklumat belum sohih yang kita dapat. Apa lah salahnya kita rujuk kepada JAIS dan pengusaha-pengusaha tahfiz dan membantu pengusaha-pengusaha tahfiz untuk melengkapkan syarat yang dikehendaki oleh JAIS.

Di selangor, ribuan Huffaz telah di lahirkan. Menyebabkan Allah memberkati Negeri Selangor ini walaupun masih ada pusat-pusat haram seperti kilang arak yang besar dan sebagainya. Namun Allah Maha Pengasih, Maha Mendengar luahan kami pengusaha tahfiz dan pelajar-pelajar tahfiz yang tak terkira ramainya agar dirahmati Allah dan menjadikan negeri Selangor ini sebagai negeri yang diberkati olehNya. Begitu juga mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor agar sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.

Kami sebagai pengusaha Maahad Tahfiz, menyokong penuh kehendak dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah. Dan kami akan berusaha membantu pengusaha-pengusaha Maahad Tahfiz lain di selangor, agar dapat meneruskan operasi mengikut kehendak syarat JAIS.

Wallahualam.

Ikhlas: Ustaz Sobri Nadzari.

Semoga negeri lain mencontohi Negeri Selangor.

Oh..baca juga artikel-artikel yang menjolok mata ini:

Baca! 2 cerita tentang pusat jagaan ditutup

Pusat tahfiz exploitasi pelajar diarah tutup

netizen bidas pemilik rumah anak yatim didakwa guna kanak-kanak kutip derma untuk kepentingan peribadi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s