Kolej Profesional Baitulmal KL (KPBKL) perluaskan usaha santuni asnaf

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) perluaskan usaha santuni asnaf

USAHA mengenal pasti potensi anak-anak asnaf di peringkat sekolah cukup penting bagi memastikan kesinambungan semangat mereka untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi.

Kepentingan tersebut bukan hanya untuk diri mereka sendiri, tetapi juga bagi memastikan keluarga mereka tidak akan terus kekal dalam golongan asnaf padamasa depan.

Menyedari kepentingan tersebut, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menganjurkan Program Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor di KPBKL, Kuala Lumpur, baru- baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan itu melibatkan seramai 139 guru.

Ia bermatlamat memohon kerjasama pihak sekolah mengenal pasti murid-murid dari kalangan asnaf lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk menyambung pelajaran di KPBKL dan institusi milik MAIWP.

Malah, ia membolehkan para guru bimbingan dan kaunseling untuk terlibat sama dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan para asnaf dan seterusnya untuk keluar daripada lingkungan kemiskinan.

Antara kursus yang sesuai adalah Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf serta Sijil Profesional LCCI, CAT-London, Sijil Pengurusan Ekuin serta Sijil Eksekutif Halal dan Sijil Auditor Halal.

Dalam masa sama, MAIWP juga menyediakan bantuan pengajian merangkumi yuran pengajian, penginapan dan wang saku kepada anak-anak asnaf yang diterima belajar di KPBKL.

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang merasmikan program julung kali diadakan itu menyifatkan kerjasama tersebut amat penting bagi masa depan anakanak golongan asnaf.

“Saya menghargai peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menunjuk arah masa hadapan pelajar melalui nasihat yang tepat berdasarkan minat dan kebolehan murid untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi seperti KPBKL,” katanya.

Dalam majlis sama, Fuziah turut menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KPBKL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

MoU itu bagi membolehkan aspek-aspek program pendidikan yang berpotensi untuk dibangunkan bersama dari segi penyelidikan dan pembelajaran, mengadakan bengkel dan program latihan serta berkongsi kemudahan yang ada oleh kedua-dua belah pihak dan lain-lain lagi.

KPBKL diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sakaria Semela dan Pendaftar KPBKL, Rokiah Yunus manakala KUIS diwakili Rektor, Prof. Datuk Dr. Abd. Halim Tamuri dan Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan) KUIS, Dr. Zulkifli Abd. Hamid.

Sumber: Utusan Malaysia

Bagaimana nak bantu pendidikan anak asnaf ini,pastinya dengan adanya pembayar zakat.

Jom berzakat di Pusat Pungutan Zakat

Berzakat secara online di: http://www.zakat.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s