MAIWP SALUR RM52 JUTA ZAKAT BANTU 10,847 MAHASISWA

SIARAN MEDIA : MAIWP SALUR RM52 JUTA ZAKAT BANTU 10,847 MAHASISWA

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ingin mengambil manfaat daripada laporan Berita Harian Online bertarikh 20 Mac 2019 bertajuk “Pusat zakat, baitulmal perlu bantu mahasiswa miskin”.

Pada kesempatan ini, ingin dimaklumkan bahawa MAIWP merupakan agensi pengurusan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat di Wilayah Persekutuan. Zakat yang dikutip menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP diagihkan oleh MAIWP menerusi 28 skim bantuan dan program-program agihan zakat lain secara tidak langsung.

Agihan menerusi skim-skim bantuan ini dilaksanakan oleh Baitulmal MAIWP yang mana meliputi bantuan daripada aspek keperluan asasi, keusahawanan, kebajikan dan dakwah termasuk bantuan bagi tujuan pendidikan.

Pada tahun 2018 sebagai contoh, seramai 20,345 pelajar di peringkat sekolah menerima bantuan zakat dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM9.5 juta

Di peringkat pengajian tinggi, Baitulmal MAIWP telah menyalurkan bantuan berjumlah keseluruhan RM52 juta kepada 10,847 mahasiswa merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal/ Insentif Khas Pelajar Cemerlang. Bantuan ini bertujuan membantu pelajar daripada aspek wang saku, yuran pembelajaran, buku dan lain-lain yang menjadi keperluan pengajian.

Selain itu, menerusi Bantuan Kepada Agensi Kebajikan iaitu Badan NGO dan Institusi Pendidikan, MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM1.3 juta kepada 177 institusi pendidikan bagi pelaksanaan program dan aktiviti yang antaranya diharap dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Merujuk kepada saranan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik agar Baitulmal dapat berperanan lebih aktif di universiti awam, MAIWP menyambut baik cadangan ini dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi aktiviti agihan zakat sedia ada khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Sumber: FB Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Artikel kenyataan Dr.Maszlee Malik adalah dari sini:Pusat zakat, baitulmal perlu bantu mahasiswa miskin

 

Nak tahu info-info zakat di Wilayah Persekutuan??

Kena like dan follow page-page ini:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP LABUAN)

Baitulmal MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

Kena follow rapat-rapat tau

Jom bantu anak asnaf yang menjadi mahasiswa dengan berzakat.

Berzakat boleh secara online di http://www.zakat.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s