Kotak menyerupai Kaabah? PUBG akhirnya mohon maaf

Isu tercetus apabila PUBG memperkenalkan rekaan baru bagi ‘Birthday Crate’ atau kotak ganjaran yang menyerupai Kaabah. – Astro GEMPAK

PERMAINAN berkonsepkan ‘Battel Royal’ PUBG Mobile sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Isu itu tercetus apabila PUBG atau nama sebenarnya ‘Player Unknown’s Battlegrounds’ memperkenalkan rekaan baru bagi ‘Birthday Crate’ atau kotak ganjaran yang menyerupai Kaabah.

Lebih teruk lagi, kotak terbabit boleh ditembak oleh pemain, sekali gus menimbulkan kemarahan pemain PUBG beragama Islam.

undefined

Malah ramai telah menandatangani petisyen supaya PUBG tampil memohon maaf.

Akur dengan kesalahan mereka, PUBG kemudian mengeluarkan permohonan maaf di Twitter dan berjanji akan mengeluarkan rekaan baru bagi ‘Birthday Crate’ dalam tempoh terdekat.

Untuk pengetahuan anda, penghasilan rekaan baru terutama dari segi grafik itu bersempena dengan ulang tahun PUBG yang pertama.

Sehingga kini PUBG Mobile telah dimuat turun 200 juta kali dan dimainkan 30 juta pengguna setiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s