‘Terima kasih pembayar zakat’

“TERIMA kasih kepada pembayar zakat kerana mereka saya dan rakan-rakan lain dapat menyambung pengajian hingga ke peringkat tertinggi,” kata penerima Ikon Pelajar Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2019, Norain Azlan.

Norain, 26, yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Al-Quran dan Sunnah) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam.

Anak kedua daripada lapan beradik itu berkata, kejayaan itu bermula dengan keberkatan melalui ibadah yang ditunaikan melalui istiqamah.

“Kejayaan saya datang daripada keberkatan guru yang menyumbang ilmu dan membuka dengan lebih luas kejayaan seseorang pelajar.

“Tidak ketinggalan ibu bapa dan keluarga serta mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

“Saya berterima kasih kepada penyumbang zakat kerana dengan keberkatan wang yang mereka salurkan dapat membantu kami menempah kejayaan,” katanya.

Dia berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Fuziah Salleh.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail.

Norain berkata, dia menerima bantuan baitumal MAIWP sejak tahun pertama ketika menuntut di UKM pada 2014 hingga meneruskan pengajian di peringkat sarjana.

“Saya tidak dapat membalas jasa mereka (pembayar zakat) dengan wang atau pun harta tetapi apa yang boleh saya katakan semoga Allah SWT memudahkan urusan mereka pada masa akan datang.

“Ibu saya bertugas sebagai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) manakala ayah kini menghidap penyakit nyanyuk (alzheimer),” katanya.

Jom berzakat secara online di http://www.zakat.com.my untuk kita bantu lebih ramai asnaf.

Follow rapat2 page FB Kisah Zakat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s