Bank Islam sedia perkhidmatan bayar zakat kepada pelanggan percuma

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan satu kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan bagi membantu pelanggan membayar zakat kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, konsep syariah iaitu kontrak ‘Wakalah’ diguna pakai iaitu pelanggan sebagai muwakkil atau prinsipal memberi kuasa kepada Bank Islam sebagai wakil atau ejen untuk melakukan pembayaran kepada AMZ berkenaan.

“Antara akaun Bank Islam yang diambil kira bagi kemudahan baharu ini ialah Akaun Simpanan dan Semasa (Qard dan Asas Qard), Akaun Pelaburan (Al-Awfar, Wafiyah dan iGain) dan Akaun Deposit Bertempoh-i (Tawarruq),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kemudahan pembayaran zakat di Dewan Utama Menara Bank Islam di sini hari ini.

Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat – Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: