IBADAH ZAKAT PELENGKAP RAMADAN BERSAMA PPZ-MAIWP

Ibadah zakat perlu disemarakkan menjelang Ramadan 1440 Hijrah. Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan satu sidang media bagi memberikan hebahan kepada masyarakat mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP sepanjang Ramadan 2019, di samping keistimewaan dan kelebihan membayar zakat di PPZ-MAIWP.

Sidang media telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Beliau telah mengumumkan tagline “Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan” untuk mewar-warkan keberkatan berzakat di bulan mulia ini.

“Kami di PPZ-MAIWP sentiasa berusaha untuk memastikan segala kemudahan bagi urusan pembayaran zakat di PPZ-MAIWP tersedia kepada pembayar-pembayar zakat terutama di bulan yang penuh barakah ini,” ujar Tuan Haji Ahmad Shukri.

Beliau menambah, “Bahkan selaras dengan slogan PPZ-MAIWP iaitu “Memudahkan Anda Berzakat”, pelbagai saluran pembayaran zakat telah disediakan bertujuan untuk memudahkan pembayaran iaitu penyediaan 10 Kaunter PPZ-MAIWP yang beroperasi setiap hari bermula jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Pembayaran zakat di semua kaunter PPZ_MAIWP boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam. Daripada jumlah itu, terdapat 7 kaunter di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 lagi di Labuan.”

ibadah zakat

Ibadah Zakat Penuh Berkat

Zakat harta dan zakat fitrah boleh dilakukan melalui portal PPZ-MAIWP iaitu http://www.zakat.com.my. Antara saluran lain yang turut disediakan oleh PPZ-MAIWP Kaunter Zakat Bergerak yang terdapat di beberapa lokasi di sekitar Wilayah Persekutuan.

Kedua-dua pembayaran zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta boleh ditunaikan di PPZ_MAIWP. Antara zakat harta yang oleh ditunaikan di sepanjang Ramadan ini ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Pelbagai cederahati istimewa turut disediakan oleh PPZ-MAIWP bagi setiap pembayaran zakat di bulan Ramadan ini.

Apa Keistimewaan Membayar Zakat di kaunter PPZ-MAIWP?

PPZ-MAIWP menyediakan cenderahati istimewa jika anda membayar di kaunter iaitu sampul raya bermula 1 Ramadan. Kedua, kit Ramadan dan Syawal, terbitan Eksklusif PPZ-MAIWP yang membicarakan berkenaan persediaan Ramadan. Amalan semasa berpuasa dan persediaan menyambut Syawal yang diedarkan bermula 1 Ramadan. Manakala cederahati ketiga ialah serunding yang sediakan oleh Asnaf bermula minggu ketiga Ramadan. Kesemua cenderahati ini hanya boleh didapati selagi stok masih ada.

ibadah zakat

Perlindungan Menerusi Skim Kafalah Muzakki (Skim Khairat Kematian)

Setiap pembayar yang membayar zakat di PPZ-MAIWP akan dilindungi dengan skim Kafalah Muzakki. PPZ-MAIWP akan menyumbang RM3000 kepada waris pembayar sekiranya pembayar zakat meninggal dunia. Jumlah bayaran zakat minimum ialah RM50 setahun. Setakat ini seramai 7 waris telah membuat permohonan dengan 2 waris telah menerima sumbangan. Manakala 5 lagi sedang dalam proses.

4 Slot Santai @ Ramadan – Live di FB PPZ-MAIWP

Slot Santai@Ramadan ini merupakan salah platform penyebaran ilmu yang disediakan oleh PPZ-MAIWP dalam laman sosial. Akan bersiaran secara langsung selama 30 minit setiap Jumaat. Slot ini membicarakan tentang persoalan zakat seperti kutipan dan agihan zakat serta pengisian kerohanian sepanjang Ramadan dan Syawal bersama ustaz-ustaz jemputan. Anda hanya perlu LIKE FB PPZ-MAIWP untuk menontoh siaran ini.

Sasaran Kutipan Ramadan 2019

Untuk Ramadan tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan kutipan sebanyak RM110 juta iaitu peningkatan sebanyak 15% berbanding kutipan 2018. Manakala bagi bilangan pembayar pula, seramai 126,200 pembayar iaitu meningkat 15 peratus daripada tahun lepas. Untuk rekod, jumlah kutipan zakat 2018 ialah sebanyak RM95.8 juta dengan bilangan pembayar sebanyak 109,739.

Penjenamaan Semula Skim Potongan Gaji Zakat

Pada sidang media ini juga, PPZ-MAIWP turut membuat pemberitahuan mengenai penjenamaan semula Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) kepada nama baru iaitu Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB). Turut diperkenalkan ialah logo baru Skim PZB bagi menggantikan logo lama yang sudah 8 tahun digunakan.

Oleh itu, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutua untuk merebut keberkatan Ramadan dengan menunaikan zakat untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita ini agar mereka dapat disantuni dan bergembira di hari raya Aidilfitri seperti umat Islam yang lain.

“Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan”

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Hubungi Talian zakat 1300885757 untuk membantu anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s