Bantuan diberi kepada 6 beradik tanpa ibu bapa

SEREMBAN: Ketibaan Ramadan tahun ini nyata tidak seceria seperti tahun sebelumnya bagi enam beradik selepas ibu mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lubuk China pada 25 April lalu, manakala bapa pula masih dipenjara atas kesalahan kes dadah.

Sejak kehilangan ibu, Nor Amira Sahran, 33, enam beradik berkenaan, Muhammd Aiman Syazwan Abdullah, 12, Nor Aina Syazwani Mohd Fauzi, 10, Nor Aina Syazlina, 9, Nor Aina Syazlien, 7, Nor Aina Syazlieyana, 5, dan Muhammad Aiman Syazriezal, satu setengah tahun, dari Kampung Sungai Timun Lubuk China, Rembau menumpang kasih di rumah datuk saudara, Sajirin Kassim, 58, di Kampung Legong Ulu, Kota Rembau.

Sajirin berkata, bapa mereka yang berusia 32 dijangka dibebaskan dari penjara selepas Aidilfitri ini.

“Kami dapat rasakan perasaan enam beradik ini lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan kami perlu memastikan semua mereka berada dalam keadaan baik dan gembira biarpun perasaan kehilangan ibu dan ketiadaan bapa menjelang bulan suci ini sukar digambarkan,” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kepada enam beradik terbabit termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bantuan ke sekolah RM200 kepada mereka yang bersekolah.

“Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi sumbangan RM450 sebulan, manakala Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS) akan menyumbang RM300 sebulan bagi menampung perbelanjaan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri juga membantu menambah baik rumah yang kini didiami enam beradik terbabit supaya dapat dijadikan tempat tinggal yang lebih selesa.

“Perkara ini diserahkan kepada Pejabat Daerah untuk membuat penilaian dan melihat bagaimana kemudahan yang boleh diberikan kepada anak malang ini.

“Perkara ini kita akan cuba disegerakan bagi keselesaan mereka untuk mendapat tempat tinggal selesa dan pendidikan yang baik. Sumbangan daripada pihak swasta juga dialu-alukan dan berharap duit diterima mereka boleh dijadikan sebagai tabung untuk ke sekolah pada masa depan,” katanya.

Baca lagi:
Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Santuni Enam Anak Kematian Ibu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s