MAIWP peruntuk RM23.06 juta untuk Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP

Apa yang ada dalam Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP ini?

1) Program agihan makanan berbuka puasa

2) Sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan Pesakit Hospital.

3) Bantuan Ihya Ramadan kepada 724 buah masjid dan surau

4) Bantuan Galakan Hafaz al-Quran kepada 269 penerima

5) Bantuan Aidilfitri kepada asnaf

SEBANYAK 1,450 bungkus makanan berbuka puasa diagihkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada golongan asnaf setiap hari.

Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee berkata, MAIWP akan melakukan pengagihan berkenaan di 10 lokasi sepanjang Ramadan, bermula hari ini.

“Agihan itu akan dilakukan di Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Bukit Bintang iaitu di UTC Pudu Sentral, PAZA Cawangan Titiwangsa iaitu UTC Keramat Mall, PAZA Cawangan Lembah Pantai, PAZA Cawangan Bandar Tun Razak, PAZA Cawangan Batu, PAZA Cawangan Setiawangsa, PAZA Cawangan Seputeh, PAZA Cawangan Segambut, PAZA Cawangan Wangsa Maju dan Rumah Transit Perantaraan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jalan Sultan Azlan Shah.

“MAIWP memperuntukkan RM378,450 bagi tujuan agihan berkenaan dan ia dilakukan kerana tidak mahu golongan asnaf berasa terpinggir, sebaliknya kita mahu mereka gembira sepanjang Ramadan ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa Kepada Asnaf 2019 di UTC Pudu, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan, MAIWP melakukan sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan Pesakit Hospital berjumlah RM1.35 juta.

Katanya, bantuan Ihya Ramadan kepada 724 buah masjid dan surau sebanyak RM8.65 juta dan bantuan Aidilfitri kepada asnaf berjumlah RM12.68 juta akan dilakukan.

“Kami menyampaikan Bantuan Galakan Hafaz al-Quran kepada 269 penerima membabitkan perbelanjaan sebanyak RM745,500,” katanya.

Sementara itu, gelandangan yang menerima makanan berkenaan, Salehin Abd Rahman, 54, berkata, sumbangan juadah berbuka menyebabkan dirinya berasa dihargai.

Gelandangan berasal dari Singapura itu berkata, dia yang baru tiga hari berada di ibu kota pada mulanya berasa sedih kerana tiada juadah untuk berbuka.

“Tapi apabila ada majlis begini, saya berasa dihargai,” katanya.

📲📲📲📲📲📲📲📲

Jom berzakat.Anda dah kira zakat anda??

Jom kira tengok..kena zakat ke tak..benda wajib,jangan kita buat leka

Kira dan bayar zakat di link ini:

https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat

Selamat berzakat

Info lanjut,rujuk Pusat Pungutan Zakat

One thought on “MAIWP peruntuk RM23.06 juta untuk Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP

  1. Pingback: Kutipan Zakat Fitrah Tak Cukup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s