07 Mei 2019 (Selasa) – Hasil daripada aduan awam yang diterima, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menziarah adik Farhan di kediamannya di PPR Sri Pantai, Kuala Lumpur.
En. Fendi bapa kepada adik farhan memaklumkan anaknya itu menderita sakit tersebut sejak 3 bulan lalu dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini. Adik Farhan dikatakan rahang di mulutnya kian membengkak selain berdarah dan bernanah.
En. Fendi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mendapatkan dana untuk kos perbedahan itu namun beliau hampir menemui jalan buntu. Beliau menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah dan kecil menambahkan kesukaran beliau apabila terpaksa menampung kos ubatan yang tinggi bagi sakit anaknya itu.
Sara hidup keluarga hanya bergantung penuh kepada pendapatan kecilnya sebagai pemandu memandangkan isterinya tidak bekerja.
Skuad telah mengesyorkan beberapa bantuan yang sesuai bagi memudahkan urusan pembedahan dan kesihatan adik Farhan. Semoga keadaan kesihatan adik Farhan akan bertambah baik dan diberikan kekuatan kepadanya dan keluarga.
Amanah Pembayar Zakat Kami Laksanakan
Jom berzakat secara online di:
https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat