Datuk Ismail Kamus jalani pembedahan jantung

Datuk Ismail Kamus dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung, semalam.

Menurut akaun Facebook Dewan Pemuda Pas Kuala Langat, Ismail, 71, telah selamat menjalani pembedahan melibatkan jantung dan kini masih mendapatkan rawatan di bawah pengawasan doktor.

“Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ismail Kamus baru dimasukkan bateri di jantungnya, semalam. Sama-sama kita doakan kesihatan buat ulama ummah ini,” kata akaun itu hari ini.

Beberapa akaun Facebook lain termasuk Telaga Biru Terengganu turut berkongsi keadaan terkini Ismail di IJN.

Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 merupakan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik dan pegawai dakwah di beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: