Kutipan Zakat Fitrah Tak Cukup

Kutipan Zakat Fitrah Sememangnya Tidak Cukup Untuk Menampung Keperluan Asnaf Berhari Raya.
.
.
Ya, seperti kita sedia maklum, kutipan zakat fitrah ini difokuskan untuk membantu para asnaf agar ceria berhari raya melalui Skim Bantuan Aidilfitri yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP
.
.
Namun, tahukah kita bahawa kutipan zakat fitrah semata-mata tidak mencukupi untuk menampung keperluan asnaf untuk berhari raya?
.
.
Sedikit fakta, bagi tahun 2018 kutipan zakat fitrah adalah sebanyak RM9.1 Juta dan agihan bantuan aidilfitri pula adalah sebanyak RM11.45 Juta kepada 23,500 penerima bantuan.
.
.
Bagi tahun ini pula, sasaran kutipan zakat fitrah adalah sebanyak RM9.8 Juta tetapi agihan bantuan telah pun diberi sebanyak RM12.68 Juta.
.
.
Ya, mengikut amalan tradisinya Skim Bantuan Aidlifitri ini diberi setiap tahun tanpa gagal bermula pada awal Ramadan.
.
.
Mana datangnya wang zakat untuk menampung kutipan zakat fitrah yang tak cukup tu..??
.
.
Ya, jawapannya sudah pasti ianya ditampung melalui kutipan zakat harta (zakat pendapatan, simpanan, perniagaan, kwsp, saham & emas).
.
.
Sebab itu dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini dan apa jua amalan baik pahalanya dilipatgandakan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) telah mempergiatkan dakwah kutipan kerana tiada pungutan, mana kan ada agihan.
.
.

Oleh itu, Jom berzakat secara online di:
🌐www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat
.
.

Untuk fakta lengkap, bagi bulan Ramadan ini sahaja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM23.06 juta untuk Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.

Apa yang ada dalam Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP ini..???

🎁1) Program agihan makanan berbuka puasa kepada golongan asnaf dan gelandangan.
🎁2) Sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan Pesakit Hospital.
🎁3) Bantuan Ihya Ramadan kepada 724 buah masjid dan surau.
🎁4) Bantuan Galakan Hafaz al-Quran kepada 269 penerima
🎁5) Bantuan Aidilfitri kepada golongan asnaf.

Baca lagi di:

MAIWP peruntuk RM23.06 juta untuk Program Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s