10 Isu Zakat Yang Sering Kita Pertikai

#FAQ 10 ISU #ZAKAT YANG SERING KITA PERTIKAI

☀️#1 Kutip zakat senang dan mudah. Kenapa nak dapat bantuan zakat susah dan banyak karenah?

Jawapan:
Agihan zakat kena buat dengan berhati-hati sebab ramai sangat orang menipu sekarang. Ramai mengaku asnaf, tetapi ada simpanan RM150K. Sebab itu perlu semak betul-betul, zakat ni amanah orang kaya untuk diagih kepada asnaf.

☀️#2 Saya nak bayar zakat sendiri! Yakin & pasti sampai terus asnaf!

Jawapan:
Bayar sendiri terus kepada asnaf tak mampu bantu ramai asnaf. Belum tentu cukup nak bayar bil rawatan dialysis asnaf sebulan +-RM3,000. Bila zakat dikumpul oleh pusat zakat, banyak dan macam-macam bantuan boleh asnaf dapat.

☀️#3 Mengapa banyak kaunter pungut zakat tetapi kaunter agih sedikit?

Jawapan:
Banyak kaunter kutipan zakat fitrah tu di bulan puasa sahaja. Zakat fitrah cuma boleh bayar masa Ramadan jer sebab itu banyak nampak kaunter zakat terutama di bazar Ramadan dan pusat membeli belah. Selepas hari raya ada nampak banyak lagi tak kaunter kutip zakat tu?

☀️#4 Adik perempuan saya seorang OKU, mengapa tak dapat bantuan zakat?

Jawapan:
OKU, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim bukan asnaf zakat sebagaimana dinyatakan dalam Surah At-Taubah ayat-60. Zakat diagihkan kepada 8 golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Gharimin, Fisabilillah dan Ibnu Sabil.

☀️#5 Jiran saya menjaga anak2 yatim, tetapi tak dapat bantuan zakat, apa sebabnya?

Jawapan:
Anak yatim bukan asnaf zakat. Mereka akan diberikan bantuan zakat jika mereka Fakir atau Miskin. Pusat zakat juga ada bantu anak yatim contohnya di KL ada Darul Kifayah.

☀️#6 Mengapa masih banyak orang susah sedangkan kutipan zakat cecah ratusan juta? Tidak bolehkah zakat bantu asnaf terus keluar dari kepompong fakir miskin?

Jawapan:
Persepsi orang miskin bila terima zakat akan terus hidup senang tu tak betul. Bantuan zakat adalah untuk meringankan beban kos sara hidup bukan untuk membantu membiayai kehidupan mereka selamanya. Banyak bantuan termasuk dalam bentuk kemahiran dan keusahawanan tidak akan berjaya tanpa usaha dan komitmen daripada asnaf sendiri.

☀️#7 Pusat zakat memanipulasi hukum Islam sedangkan tidak salah di sisi syarak bayar zakat sendiri terus kepada asnaf.

Jawapan:
Hukum Islam dalam isu zakat sudah jelas. Fatwa keluar untuk manfaat ummah, bukan meraikan golongan tertentu. Hukum zakat boleh dirujuk ke pelbagai kitab fiqh. Apa yang penting, zakat adalah untuk seluruh umat Islam. Jangan lupa amil yang dilantik permerintah pun asnaf. Nak bayar zakat bayarlah pada asnaf zakat.

☀️#8 Mengapa bayar zakat tak perlu borang, tetapi mohon zakat perlu ada banyak borang?

Jawapan:
Zakat adalah amanah untuk asnaf, kena cari betul-betul asnaf tu. Cara nak dapatkan maklumat betul ialah dengan isi borang dan bagi dokumen yang patut. Maklum sajalah, pejabat zakat memang selalu kena tanya oleh audit samada agih zakat betul sampai ke asnaf.

☀️#9 Bagaimana zakat fitrah diagihkan kepada asnaf sebelum hari raya? Sedangkan masih ramai yang last minit bayar zakat fitrah?

Jawapan:
Zakat fitrah hanya *3%* daripada jumlah kutipan zakat setahun. Selebihnya adalah zakat harta. Zakat fitrah dikutip mulanya Ramadan sehingga pagi 1 Syawal. Pusat zakat telah agih zakat fitrah kepada asnaf sebelum raya untuk bantu mereka sambut raya dengan mendahulukan kutipan zakat harta.

☀️#10 Saya telah hantar borang permohonan dan semua dokumen sokongan yang diminta? Kenapa keputusannya gagal?

Jawapan :
Namanya permohonan mestilah ada lulus dan gagal. Begitu juga dengan permohonan dengan Perkeso, KWSP, Bank dan agensi lain. Setiap permohonan diproses, ditapis dan dikira pendapatan serta tanggungan. Permohonan lulus bila cukup syarat.

Jom follow rapat-rapat page kami Kisah Zakat Malaysia untuk mengetahui info yang terkini tentang zakat.

Jangan lupa like lah page2 institusi zakat yang ada ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s