Adakah ini puncanya gelandangan bertambah?

Kami terpanggil untuk mengulas apa yang Baitulmal MAIWP dapati hasil dari jejak rakan jalanan sekitar ibu kota dalam bulan Ramadan.

Indahnya bahasa menyantuni sehingga tidak lagi dipanggil gelandangan,malah dipanggil rakan jalanan.

Sebelum kami ulas,mari kita baca dulu apa yang kami dapat dari FB Baitulmal MAIWP:

BAITULMAL MAIWP MENYANTUNI RAKAN JALANAN DI BULAN RAMADAN

Hasilnya…apa yang kami jumpa???

17 Mei 2019 (Jumaat), Jam 11.30 lewat malam ini Baitulmal MAIWP mengambil kesempatan turun kelapangan menyelusuri malam Ramadan menyantuni rakan jalanan di sekitar ibukota bandaraya Kuala Lumpur.

Lokasi malam ini tertumpu di tempat yang menjadi sasaran golongan gelandangan diantaranya seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Kolej Segi dan Masjid Negara.

Daripada pemerhatian kami, terdapat pertambahan bilangan golongan ini di lokasi-lokasi tersebut kemungkinan disebabkan adanya banyak aktiviti agihan sumbangan makanan dan barangan yang diberikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Hasil temubual bersama beberapa golongan ini mendapati mereka telah menerima kunjungan daripada NGO yang memberikan sumbangan bantuan sebanyak 11 kali pada malam ini.

Kebetulan sewaktu di lapangan, selain beberapa kumpulan NGO lain, Baitulmal MAIWP turut berkesempatan bertemu dengan
Wakil Rakyat Parlimen Batu, YB Tuan P. Prabakaran dengan penglibatan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UNIKOP dalam aktiviti sumbangan bantuan.

Baitulmal MAIWP juga mengambil peluang berkongsi pengalaman dan menasihati agar kaedah yang lebih efisen dapat diambil oleh mereka yang prihatin agar pembaziran dapat dielakkan. Kami juga berpeluang memberikan penerangan ringkas berkenaan prosedur cara dan syarat permohonan skim bantuan yang terdapat di Baitulmal MAIWP kepada beberapa golongan gelandangan di lokasi kunjungan kami.

Daripada semakan, kebanyakan golongan ini telahpun atau sedang menerima bantuan daripada Baitulmal MAIWP. Segelintir mereka juga mempunyai kediaman/rumah dan hanya berada di situ untuk menunggu serta menerima sumbangan bantuan yang dibuat.

Baitulmal MAIWP akan meneruskan usaha ini dari semasa ke semasa dan bersedia berkongsi pengalaman dan menjalinkan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) agar rakan jalanan ini dapat dibantu sebaiknya.

Baik..ulasan kami:

Sememangnya akan ada yang kurang bersetuju dengan kami bahawa gelandangan ini sudah jadi “manja”.

Ini kerana mereka dapat pelbagai bantuan dari pihak NGO terutama pada bulan Ramadan.

Ada yang sanggup menjadi gelandangan “jadian”. Ya, gelandangan yang sebenarnya bukan gelandangan tetapi datang ke ibukota mengambil bantuan.

Kami pernah dedahkannya dahulu semasa kami turun bersama menjejaki gelandangan.

Ikuti video ini, video panas :

pendedahan puan Nur berkenaan isu gelandangan

KENALI 10 + 1 JENIS GELANDANGAN

1) Mempunyai pekerjaan
2) Baru kehilangan pekerjaan.
3) Peminta sedekah
4) Tidak waras.
5) Penagih dadah.
6) Terkandas di bandar besar.
7) Masalah kekeluargaan
8) Warga asing.
9) Ditipu rakan/ ahli keluarga/ orang yang dikenali
10) Gelandangan jangka pendek.

Perlu ditapis dalam memberi bantuan zakat.Sudah semestinya diambil kira dengan formula penetapan asnaf iaitu HAD KIFAYAH.
Dan….no…

11) Seronok bergelandangan di KL sebab jadual makan free dah diketahui,bantuan lain pun ada dari pelbagai pihak..siap boleh beritahu kawan negeri lain untuk datang ke KL..bergelandangan di KL best..mewah dalam tafsiran mereka.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Dalam membicarakan tentang peranan bantuan zakat terhadap golongan gelandangan (rakan jalanan) di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi kita perlu kenalpasti terlebih dulu mengenai punca/sebab mereka bergelandangan.

Golongan gelandangan terbahagi kepada 2 jenis:-
i. Gelandangan atas takdir Ilahi.
ii. Gelandangan atas pilihan sendiri.

i. Gelandangan atas takdir Ilahi
————————————————-
– takdir yang telah di tetapkan. Bukan atas kerelaan sendiri.
Contoh:
a) dihalau oleh ahli keluarga apabila seseorang itu memeluk Islam.
b) dihalau oleh tuan rumah apabila tertunggak sewa rumah yang tidak mampu dibayar.

ii. Gelandangan atas kehendak/pilihan sendiri.
——————————————————–
– mereka yg memilih cara hidup yang sebegitu atas kerelaan sendiri.
Contoh:
a) mereka lebih rela hidup tanpa terkongkong dengan peraturan alam dan peraturan hidup.
b) penagih2 dadah.
c) pekerja2 seks.

Jadi, isu gelandangan ibukota ini perlu ditangani dengan kerjasama bersama NGO dan pihak berwajib agar jangan ghairah dan berlumba membantu akhirnya ada pembaziran, gelandangan bertambah tanpa kita sedari, mencemarkan pemandangan ibukota dan pelbagai isu lain yang timbul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s