Makan nasi berlauk garam,ibu ‘tebal muka’ minta telur ayam jiran untuk anak-anak adalah penerima bantuan Baitulmal MAIWP dan JKM

20 Mei 2019 – Kami team Kisah Zakat Malaysia dapatkan penjelasan lanjut dari Baitulmal MAIWP berhubung perkara ini dan ini jawapannya:

Sebagai respons kepada satu video Youtube bertajuk Makan Nasi Dengan Garam, Air Putih Jadikan Sup, adalah dimaklumkan keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP.

Bantuan yang diterima adalah:

1. Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM550 sebulan

2. Bantuan Sewa Rumah RM124/ sebulan

3. Bantuan Perubatan Susu dan Pampers

Disertakan juga laporan dari FB Baitulmal MAIWP ketika hadir mengunjungi keluarga ini pada Ramadan tahun lalu.

TERIMA KASIH ORANG RAMAI

12 Jun 2018 bersamaan 27 Ramadan 1439H

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun menyantuni Puan Marsyila di PPR Desa Tun Razak, hasil maklumat dari orang ramai diketua oleh Pengurus Baitulmal, Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya.

Puan Marsyila bekerja sambilan dengan upah mengemas rumah orang menanggung 7 orang anak yang masih bersekolah berusia 15 tahun – 3 bulan.

Puan Marsyila sekeluarga adalah penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP, Bantuan Am Persekolahan dan Bantuan Sewa Rumah yang terputus bantuan kerana beliau menjalani pembedahan.

Selain itu, Baitulmal turut menyampaikan Bantuan Aidilfitri kepada Puan Marsyila untuk membuat persiapan raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Skuad akan membantu keluarga Puan Marsyila sebaiknya agar beban yang ditanggung mereka dapat diringankan di HUKM

Terima kasih kepada sahabat penyampai maklumat, amanah pembayar zakat kami laksanakan…

Kami dapat info juga keluarga ini mendapat bantuan dari JKM sebanyak RM350 bagi anak OKU.

Baru-baru ini…

Kami dapati pada 18 Mei 2019, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga telah menziarahi keluarga ini.

Boleh tonton video di link ini:

PPIM ziarah keluarga Marsyila

Oleh yang demikian,kita sebagai warganet janganlah cepat menjatuhkan hukum dengan menyalahkan pihak zakat apabila ada kes keciciran asnaf yang berlaku.

Seeloknya kita bantu dengan sampaikan maklumat kepada pihak zakat untuk tindakan selanjutnya.

Sekiranya yang ingin bersedekah amal jariah boleh diteruskan kepada keluarga ini tanpa menyalahkan pihak lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s