Saya tanya Pusat Zakat, baru semalam dapat bantuan RM550. Semalam dapat, hari ni dah habis! Joli katak.

Saya terpanggil mahu menjawap mengenai viral keluarga susah yang tidak dibantu.

Lembaga PusatZakat ada masanya sering menjadi mangsa fitnah pelbagai pihak.

Bila ada sahaja berita terdapat keluarga atau orang perseorangan yang perlu dibantu, cerita ini akan viral. Dan banyak komen akan menyalahkan dan memerli Pusat Zakat kerana tidak menghulurkan bantuan.

Ada beberapa cerita saya nak kongsikan apabila berhadapan dengan pemohon bantuan ini. Semua cerita ini saya alami sendiri selama 6 tahun apabila mengendalikan NGO iaitu Projek KASEH4U.

Ada yang datang memohon bantuan perniagaan. Kami akan bagi modal. Tapi modal lebur dan datang pula untuk memohon bantuan membayar hutang. Kenapa modal lebur? Kerana masalah sikap. Malas! Tak mahu berniaga! Malu konon orang tahu berniaga. Sebab berniaga ni orang susah. Tapi dia tak malu meminta2 kepada orang setiap masa. Dan rupanya ada Food Truck yang dibekalkan Pusat Zakat selama ini tidak diusahakan oleh keluarga ini.

Ada yang datang kata tiada makanan di rumah. Katanya roti pun tak ada. Minta bantuan tunai. Masukan dalam bank. Saya kata tak apa, saya datang hantar. Dia kata, tak ada rumah sebab kena keluar cari kerja. Mulia aje dengarnya. Saya kuatkan hati ke rumah juga. Pukul 11 pagi tak bangun tidur lagi. Terbungkam seisi keluarga. Beras kat dapur ada 5 kampit. Tak masak sebab malas! Tapi rajin meminta-minta.

Ada yang datang kata suami tak ada. Nak pindah sebab nak mulakan hidup baru. Kami bantu. Lepas bantu terus hilang. Jumpa semula di jalanan. Anak bertambah. Suami mana yang hilang? Tipu sebab nak dapat bantuan.

Ada yang hubungi sebab masuk hospital. Nak bayar bil. Selagi tak bayar tak boleh balik katanya. Saya minta nama hospital dan nama IC. Dia bagi. Saya check di hospital tak ada nama tu langsung!

Ada yang kata tak makan berhari-hari. Katanya dah mintak Pusat Zakat tapi tak ada jawapan sampai hari ni. Saya tanya Pusat Zakat, baru semalam dapat bantuan RM550. Semalam dapat, hari ni dah habis! Joli katak.

Ada yang kata dah mohon Pusat Zakat bertahun lamanya. Tak ada jawapan langsung. Tak dilayan. Saya check, rupanya dah duduk rumah yang Pusat Zakat beri selama 3 tahun.

Ada yang kata mualaf. Tak dibantu oleh sesiapa walaupun dah minta. Tengok-tengok punyalah ramai yang tolong termasuklah Pusat Zakat.

Jadi tuan/puan sebelum menyebarkan cerita orang memohon bantuan, sila jalankan siasatan. Supaya orang yang kita bantu ini menerima bantuan untuk perubahan bukan mengalakkan lagi penipuan. Memanglah dapat pahala bantu siapa sahaja. Tetapi kita tak mahu membantu orang yang tidak jujur dan memburukan orang yang dikatakan tidak membantu.

Hanya semua cerita ini tidak sekali-kali membuatkan kita berputus asa untuk membantu. Kita akan terus membantu selagi terdaya.

Cuma janganlah sebab kita mahu membantu tetapi kita tak sengaja terburukkan pihak yang sebenarnya telah membantu mereka sehabis nyawa.

Sekian.

by NM
Pengasas
Projek KASEH4U Malaysia

Kami team Kisah Zakat Malaysia mengajak kepada semua warganet…follow rapat2 page kami Kisah Zakat Malaysia untuk mengetahui apa saja berkenaan pengurusan zakat di negara kita.Jom pakat2 share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s