Beli Murtabak pun tak mampu ; Nor Azuha penerima Tabung Prihatin

KUANTAN – Sebuah keluarga miksin yang menetap di sebuah bangsal usang di Permatang Badak, adalah penerima bantuan Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar.

ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, Nor Azuha Wan Muda, 35, adalah penerima bantuan dari tabung terbabit pada 2013.

Menurutnya, bantuan secara berterusan diberikan keluarga terbabit kerana kedaifan mereka.

“Di sini tidak timbul isu pemimpin tidak peduli tentang nasib Nor Azuha.. saya sebagai ADUN dan pengerusi tabung Prihatin berterusan memberi bantuan kepadanya.

“Malah, setiap tahun Nor Azuha menerima bantuan pakaian sekolah dan pakaian raya bagi membolehkan dia merasai kemeriahan Aidilfitri,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kisah kesusahan hidup Nor Azuha yang hidup dalam kemiskinan sehingga dia gagal memenuhi permintaan anaknya untuk berbuka dengan martabak.

Malah, wanita itu turut mendiami bangsal usang selama 11 tahun akibat kesempitan hidup.

Dalam pada itu, Mohd Tarmizi meminta individu atau pihak yang ingin berkongsi kisah hidup golongan memerlukan perlu mendapatkan maklumat lengkat terlebih dahulu.

Katanya, jangan sebar sesuatu gambar atau berita tanpa mengetahui kesahihannya.

“Kita tidak mahu pihak berkaitan termasuk pemimpin dikritik kerana dikatakan tidak menjalankan tugas, sedangkan rakyat di bawah DUN atau Parlimen sudah mendapat bantuan sewajarnya.

“Semua pihak perlu berusaha membantu sedaya mungkin dan bukan membantu untuk kepentingan politik semata-mata atau tujuan memburukkan orang lain,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29108/EDISI/Pahang/Nor-Azuha-penerima-Tabung-Prihatin

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kami dapat juga jawapan dari sahabat FB ini:

“Roti john & murtabak tak mampu beli”

Apa cerita sebenar??

Update 1: Alhamdulillah urusan rumah baru sedang dalam proses dan bantuan moral dan kerohanian juga akan menyusul.

Facebook komen skang xleh ltk gmbr dh ek?eh geram jek tgk yg viral kisah asnaf xmampu beli martabak tu.

Last yr team tadika Muslim Juniors Kuantan boleh dikatakan setiap minggu pergi ke rumahnya hulurkn bantuan hingga minggu terakhir puasa. Dari barang2 dapur sampai ke pekakasan umah spt tilam,bantal dan rak plastik utk ltk baju. Juga ada sumbangan duit bg membaiki rumah (planning asal mmg nak beli atap tp sbb ticer azni bz apatah so ticer azni serahkan sendiri duit utk diorg buat) and disebabkan itu juga isteri dia berani msg ticer azni mtk duit.

Tp tgk rumah camtu jek lagi. So mmg tiap kali bln pose akn keluar cerita sedih? Baru dapat tau rupa2nya laki bini ada masalah sampingan lain.

Dng tanah yg luas jika diusahakan insyaAllah xkan hidup merempat di bumi sendiri. Usaha tangga kejayaan. Oh ye ticer azni ada pass juga biji benih. Kebetolan masa tu dalam keta ada benih sawi dan bendi hasil dari kebun bandar kg padang tu. Tp mcm krik2 jek 🙄

And pls jng nak ckp xde dpt bantuan. Macam2 badan dtg umah dia last yr since ktorg post kt fb. B4 posting tu mmg xde la org dtg. Tp lps posting pertama tu trus stp kali kunjungan kami pasti akn ada org dr mana2 badan dtg menghulurkn bantuan. Tp mmg last yr Puan Azuha ni sendiri mengaku tiada sbrg bantuan diterima, zakat pn xdpt. Zakat dapat sebelum tu tp disebabkan kena kemaskini akaun dimana beliau dan suami tdk memiliki akaun bank so bantuan tak sampai. So azni mcm mengata itu ini lg kpd pihak berwajib. Ampunkan salah dan silap sy ye 🙈

P/s: Maaf andai tulisan sy dikecam membuka aib dan sbgnya. Cuma 1 kalo nk bersedekah pn bagilah barang2 keperluan. Elakkan memberi duit. dan tujuan sy posting adalah utk mengelakkan org ramai menyalahkan pihak berwajib yg tdk membantu sdgkan bantuan dari segenap ceruk sudah diberikan. Wallahualam.

Kredit Fb: Azni A.R Azizan

Makluman tambahan:

Nor Azuha berkata, walaupun dia menerima zakat RM400 sebulan, bantuan terbabit hanya cukup untuk membeli keperluan dapur selama sebulan.

Screenshot_20190523-013047_Facebook.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s