Agong kurnia sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal MAIWP

AL-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM12.68 juta kepada pesakit buah pinggang, Hamidah Mohammad, 54, yang merupakan wakil kepada 25,965 asnaf dari Wilayah Persekutuan ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama agensi-agensi agama dan asnaf baitulmal MAIWP di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini. –

KUALA LUMPUR 27 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada asnaf baitulmal sebagai persiapan mereka menyambut Aidilfitri.

Pengurniaan bantuan itu berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Pengurniaan itu menyaksikan jumlah bantuan bernilai RM12.68 juta melibatkan 25,965 asnaf di bawah program Bantuan Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.

Majlis itu turut menjadi medium pertemuan pertama Yang di-Pertuan Agong dalam menzahirkan penghargaan kepada ketua-ketua agensi agama persekutuan dan negeri.

Yang hadir sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof.

Selain pengurniaan sumbangan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama ahli kariah. – UTUSAN ONLINE

Jom berzakat secara online di http://www.zakat.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: