MAIWP jawab isu dakwaan bukan Islam sampaikan bantuan : Page Politik kantoi fitnah MAIWP

Ada page politik berniat jahat cuba mainkan isu sensitif dalam berpolitik.

Perkara seperti inilah yang memalukan Islam sendiri apabila admin-admin page tidak semak perkara sebenar dan mudah benar mencari salah dan akhirnya malu sendiri kerana apa yang cuba ditiupkan itu adalah……

Jom baca penjelasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

MAKLUM BALAS MAIWP BAGI DAKWAAN BANTUAN ZAKAT DIAGIH OLEH BUKAN ISLAM

Tular di media sosial satu posting yang memuatkan gambar beg mempunyai logo MAIWP diagihkan kepada orang awam oleh pemimpin bukan beragama Islam.

Adalah dimaklumkan bahawa gambar tersebut dirakam dalam satu program di Wangsa Maju.

Daripada maklumat yang diterima daripada Pusat Agihan Zakat Baitulmal MAIWP Cawangan Wangsa Maju, beg berlogo MAIWP tersebut tidak mengandungi sebarang bantuan tunai atau sebarang bentuk bantuan zakat dari MAIWP.

Beg tersebut pada asalnya digunakan oleh Baitulmal MAIWP dalam satu program Taklimat Bantuan Baitulmal Kepada Pengerusi-pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk di beberapa Parlimen Wilayah Persekutuan termasuk Parlimen Wangsa Maju pada Mac 2019.

Dalam sesi penerangan tersebut hampir 100 unit beg yang mengandungi nota, pamplet dan risalah-risalah bantuan diedarkan kepada para hadirin.

Walau bagaimanapun, beg tersebut dipercayai dimanfaatkan semula oleh Pejabat Parlimen Wangsa Maju untuk mengagihkan kurma kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan dan bukan tujuan agihan bantuan baitulmal MAIWP.

Justeru tidak berbangkit sama sekali bantuan zakat MAIWP dimanipulasi untuk tujuan politik atau diagihkan oleh bukan Islam.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
27 Mei 2019

Janganlah kita menjadi penyebar dakwaan-dakwaan berbau fitnah lagi.

Jom follow page FB kami Kisah Zakat Malaysia rapat-rapat,nanti tak lah ketinggalan pasal hal ehwal zakat dalam negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s