MAIWP salur RM23.05 juta kepada asnaf

Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM12.68 juta kepada pesakit buah pinggang, Hamidah Mohammad, 54, yang merupakan wakil kepada 25,965 asnaf dari Wilayah Persekutuan ketika berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bersama Agensi-Agensi Agama dan Asnaf Baitulmal MAIWP di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. – Foto oleh ABD. RAZAK AID

KUALA LUMPUR- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM23.05 juta sempena bulan Ramadan bagi membantu asnaf dan golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pelbagai aktiviti dan bantuan diberikan kepada golongan berkenaan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Bantuan ini juga merangkumi sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan dan bantuan kepada pesakit berjumlah RM1.35 juta serta bantuan Ihya’ Ramadan kepada seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan berjumlah RM8.65 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bersama Agensi-Agensi Agama dan Asnaf Baitulmal MAIWP di Masjid Wilayah, hari ini.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof.

Dalam majlis ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf baitulmal sebagai persiapan mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengurniaan itu menyaksikan jumlah bantuan bernilai RM12.68 juta melibatkan 25,965 asnaf di bawah program Bantuan Rahmah Ramadan Baitulmal MAIWP.

Majlis itu turut menjadi platform pertemuan pertama Yang di-Pertuan Agong dalam menzahirkan penghargaan kepada ketua-ketua agensi agama persekutuan dan negeri dalam memperkasa Hal Ehwal Islam di negara ini. – K! ONLINE

Jom berzakat secara online di:

http://www.zakat.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: