VIRAL Lelaki ini dedah keluarga tular lauk garam rupanya dapat bantuan ribuan ringgit dari Baitulmal

Terdahulu pernah tular mengenai kisah lapan beranak yang daif sehingga terpaksa menjamu makanan berlaukkan garam dan meminta ihsan daripada jiran untuk mengisi perut.

Kisahnya telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai termasuk usahawan terkenal, Aliff Syukri, yang turut menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Bantuan cecah ribuan ringgit…

Namun, baru-baru ini satu pendedahan telah dibuat menerusi seorang pengguna Twitter berkenaan jumlah sebenar bantuan yang diterima oleh keluarga itu.

Menurut apa yang dikongsikan, wanita bernama Marsyila Zakaria serta tujuh anaknya telah menerima bantuan sehingga mencecah ribuan ringgit daripada institusi zakat.

Mungkin puan sudah lupa…

Memetik maklumat yang didapati seorang pengguna Facebook bernama Adam Mukhriz yang merupakan kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), mendedahkan senarai bantuan yang telah disalurkan kepada Puan Marsyila sekeluarga.

Jangan ghairah nak kecam pihak zakat

Malah, kenyataan daripada pihak Lembaga Zakat Selangor juga memaklumkan bahawa pihaknya telah pun memberikan bantuan kepada keluarga ini sejak setahun lalu.

Difahamkan, Lembaga Zakat Selangor giat melakukan usaha membantu golongan yang memerlukan di sekitar Selangor sambil memberi pendedahan bagaimana untuk memohon bantuan dengan saluran yang betul.


Kalau malas sampai bila2 akan miskin

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir indvidu yang malas berusaha membantu diri sendiri, sebaliknya hanya mengharapkan belas ihsan orang lain untuk hidup.

Banyak juga yang dia dapat sebenarnya

Dapat bantuan tanpa perlu bekerja…

Sumber : Riamu XI & Adam Mukhriz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s