Maik catat defisit RM5 juta

Tengku Mohamad Rizam (tengah) ditemui selepas Majlis Ramah Mesra MAIK Bersama Rakan Media dan NGO, malam tadi.
A

A

KOTA BHARU – Jumlah agihan zakat kepada asnaf melebihi kutipan menyebabkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mencatatkan defisit sebanyak RM5 juta, tahun lalu.

Penasihat Khas Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, situasi ini berlaku ekoran agihan zakat kepada 51,682 penerima seluruh Kelantan, melebihi kutipan yang diterima sebanyak RM183,034,916.35.

Bagaimanapun menurutnya, lebihan perbelanjaan ini ditampung menerusi projek pembangunan dan baitulmal pertanian Maik.

“Ini pastinya menangkis fitnah kerana Maik mengagihkan semua pungutan dan tidak mengumpul harta tanpa dibelanjakan kepada asnaf sebagaimana tohmahan sebelum ini.

“Ia turut memberi gambaran keyakinan masyarakat semakin meningkat dengan integriti serta urus tadbir Maik menerusi kutipan zakat meningkat dengan mendadak berbanding 10 tahun lalu.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Maik Bersama Rakan Media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), malam tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s