Gesa tarik balik sumbangan

Gesa tarik balik sumbangan

SALLEHIN MUKHYI
SHAH ALAM – Pas Selangor mendesak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar menarik balik sumbangan RM30,000 yang bakal disalurkan kepada Sisters In Islam (SIS).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, pihaknya mengecam tindakan kementerian terbabit yang dilihat mencabar fatwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Beliau berkata, pihaknya juga kesal dengan jawapan balas oleh Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh yang masih mempertahankan sumbangan tersebut atas alasan membantu wanita muslim, sedangkan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS menetapkan bahawa SIS adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Katanya, Hannah perlu membuat permohonan maaf terbuka kepada Sultan Selangor, MAIS dan seluruh umat Islam.

Terdahulu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan bakal memberi peruntukam sebanyak RM30,000 kepada SIS.

Perkara itu diumumkan oleh Hannah yang memaklumkan jumlah itu sebahagian daripada peruntukan kementerian terbabit.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google photo

    You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s