Agihan zakat hanya untuk Asnaf Islam

Zakat mempunyai 2 fungsi iaitu ibadat dan sosial.

“Sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari menyatakan bahawa zakat dikutip daripada orang Islam yang cukup syarat wajib zakat dan diagihkan kepada orang miskin dalam kalangan mereka (orang-orang Islam).

Penerima zakat pula terdiri daripada lapan kategori seperti dinyatakan di dalam al-Quran, Surah At-Taubah ayat 10:

Fakir, miskin, amil yang mengurus kutipan dan serta golongan yang dijinakkan hatinya kepada agama Islam. Selain itu, zakat adalah untuk mereka yang mahu membebaskan diri daripada belenggu perhambaan, mereka yang dibebani hutang, untuk perjuangan menegakkan agama Islam termasuk aktiviti dakwah, sosial dan kebajikan serta mereka yang terkandas di dalam perjalanan dan terputus perbelanjaan.

Jadi, apa sebab bukan Islam boleh terima zakat❓

Berdasarkan ayat al-Quran berkenaan penerima zakat, zakat boleh diberikan kepada orang bukan Islam dengan beberapa sebab.

“Zakat boleh diberi untuk tujuan menarik kepada agama Islam atau agar mereka membantu umat Islam dalam menghadapi musuh atau sekurang-kurangnya untuk meraih simpati mereka terhadap umat Islam”

Pengagihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu terbabit menganut Islam.

“Contoh apabila zakat diberikan kepada seorang saudara baharu, tiba-tiba muncul ibu bapanya atau anak-anaknya yang belum Islam menarik minat mereka untuk menganut Islam, maka ia boleh diberikan kepada mereka (bukan Islam),”

Oleh itu, jangan risau sahabat-sahabat semua yang risau akan duit zakat “lepas” kepada bukan Islam. Ianya kes amat terpencil hanya untuk beberapa sebab di atas sahaja.

Dan jangan risau lagi, kebiasaan kepada kes terpencil tersebut, amalannya akan menggunakan dana lain yang bukan bersumberkan dana zakat.

Islam itu rahmat untuk seluruh makhluk ALLAH SWT.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s