BAITULMAL TAMPIL BERI PENJELASAN ISU STAF DI UTC PUDU

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil perhatian serius berhubung isu viral pagi ini berkenaan staf kaunter 1  Baitulmal di UTC Pudu dikatakan sombong. Sebenarnya kes ini antara pihak kakitangan kaunter Baitulmal MAIWP dan pemohon seorang ibu tunggal telah diselesaikan sejak semalam lagi. Pihak pemohon juga telah mengakui bahawa hanya berlaku salah faham semasa …

Continue reading BAITULMAL TAMPIL BERI PENJELASAN ISU STAF DI UTC PUDU

VIRAL MAKCIK RADZIAH BABA

Minggu lepas, kisah makcik Radziah Baba diviralkan semula. Kali ini dengan notis tunggakan sewa rumah DBKL. Kisah makcik Radziah ini telah viral pada bulan Ogos 2017. Baitulmal MAIWP telah memuatnaik penjelasan pada 26 Ogos 2017. Ditegaskan Puan Radziah Baba adalah penerima bantuan daripada Baitulmal MAIWP sejak 2012. Viral pada Ogos tahun lepas dengan notis tunggakan bil air (notis kunci air). …

Continue reading VIRAL MAKCIK RADZIAH BABA

Zakat : Siapakah Muallaf?

Muallaf ialah satu daripada lapan golongan yang layak menerima zakat. Islam mengambil berat terhadap muallaf yang merupakan salah satu landasan dakwah. Muallaf dianggap ‘special’ disebabkan mereka mungkin kehilangan kerja dan diabaikan oleh keluarga sendiri. Golongan mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau keyakinan hatinya dapat bertambah terhadap Islam. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakat …

Continue reading Zakat : Siapakah Muallaf?

BEDAH KATARAK SERENDAH RM103

MAIWP dan Hospital Selayang telah mencipta sejarah dengan kejayaan mewujudkan Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang (PPKMHS) dengan kos pembedahan serendah RM103 berbanding kadar biasa lebih RM2,000. Sejak mula beroperasi pada 16 Januari 2013, PPKMHS berjaya mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan terutamanya Hospital Selayang. Sebelum ini, Hospital Selayang merupakan tempat rujukan pesakit yang mengalami …

Continue reading BEDAH KATARAK SERENDAH RM103

DILEMA ZAKAT: ANTARA AGIH SENDIRI ATAUPUN MELALUI INSTITUSI?

Nota: Wawancara ini telah diadakan oleh penulis sendiri sebagai wakil tim majalah Asnaf bersama Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz, yang semasa itu masih menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama Istana Negara. Wawancara telah berlangsung santai namun amat bermakna di pejabat beliau di Istana Negara. Masa berlalu, namun isu yang diketengahkan masih relevan sehingga kini. Oleh itu, pihak …

Continue reading DILEMA ZAKAT: ANTARA AGIH SENDIRI ATAUPUN MELALUI INSTITUSI?

GERAKWANIS CARI PENAJA BANTU ASNAF PELAJARI AL-QURAN

Usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf tidak hanya tertumpu kepada sosio ekonomi. Malah aspek lain turut diberikan perhatian. Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) mencari penaja kepada Program Kemahiran Membaca Al-Quran bagi membantu golongan asnaf wanita mengikuti program tersebut seterusnya melayakkan mereka bertugas sebagai guru agama. Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada asnaf wanita ini …

Continue reading GERAKWANIS CARI PENAJA BANTU ASNAF PELAJARI AL-QURAN