Pemohon zakat “kantoi” menipu NO K.P

SATU KAD PENGENALAN PELBAGAI ALAMAT

Hari ini sahabat-sahabat dari beberapa daerah menerima borang permohonan Awal Kemasukan ke IPT Tempatan daripada seorang individu. Permohonan beliau telah dihantar menggunakan perkhidmatan Pos dan diterima oleh beberapa daerah untuk diproses.

Menjadi kebiasaan kakitangan daerah akan menjalankan saringan bagi setiap permohonan bantuan dan mendapati permohonan beliau amat meragukan apabila, satu kad pengenalan milik beliau memiliki salinan alamat berbeza. Malah, alamat beliau bagi setiap borang di daerah berasingan menggunakan alamat yang berbeza.Berkemungkinan beliau menggunakan mesin pencetak ajaib menyebabkan berlaku perubahan alamat.

Daerah yang terlibat dan dapat mengesan isu ini adalah Kota Setar, Kulim, Baling, Kuala Muda dan Ibu Pejabat LZNK. Setiap daerah ini menerima dua borang yang memiliki surat tawaran kemasukan ke IPT yang berbeza. Beliau turut memalsukan cop pengesahan yang ditandatangani oleh beliau sendiri dan memiliki jawatan dari universiti berbeza.

Kes ini akan disiasat dan akan diambil tindakan sewajarnya keatas individu terlibat kerana memalsukan maklumat diri dalam membuat permohonan bantuan daripada pihak LZNK.

SEMAKAN PERLU BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN
LZNK TELUS MENGAGIHKAN ZAKAT

Talian Aduan dan Pertanyaan Zakat
1-800-88-1740

Sumber: FB LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Blog Stats

  • 12,993 hits
%d bloggers like this: