TV3 sudah betulkan tajuk.. Tajuk asal 10 golongan songsang layak terima zakat kepada…

TV3 sudah betulkan tajuk..
Tajuk asal 10 golongan songsang layak terima zakat kepada…

“10 GOLONGAN SONGSANG DALAM PROSES PEMULIHAN LAYAK TERIMA ZAKAT”

Ramai yang keliru dengan kenyataan media oleh TV3 berkaitan peruntukanwang zakat kepada LGBT. Mereka menyangka duit zakat diberikan terus kepada LGBT.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah, duit zakat hanyalah diberikan kepada NGO atau pusat2 pemulihan yang menjalankan usaha2 memulihkan golongan LGBT yang ingin kembali kepada Islam dan ingin bertaubat atas perbuatan mereka. Syaratnya mestilah mereka ingin bertaubat dan menjalani sesi pemulihan.

Bahkan, zakat bukan hanya membantu golongan LGBT sahaja, tetapi juga pelacur2, penagih2 dadah, pengikut2 ajaran sesat dan mereka yang “Terbelengu” dengan masalah2 sosial untuk keluar daripada belenggu tersebut dan kembali kepada fitrah Islam.

Agihan ini adalah di bawah asnaf ar-Riqab. Zakat membantu mereka untuk keluar daripada kefasikan kepada fitrah Islam.

Sebagaimana zakat juga membantu golongan Muallaf untuk keluar daripada kekufuran kepada cahaya Islam.

-Us. Mohammad Farid Mohammad Zainal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1520852284681499&id=814059238694144

Rujuk link ini..2 versi berita tv3 yang menimbulkan polemik dan salah faham kepada netizen:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1520715181361876&id=814059238694144

Blog Stats

  • 12,374 hits
%d bloggers like this: